,
Keluang Man

“Boleh Panggil Nas-T, Tapi Untuk Cetakan Media, Kredit Filem, Saya Mahu Dikenali Sebagai Nas Muammar Zar” - Pelakon Utama Keluang Man

Izwan Isa
29/11/2023
02:37 MYT
Pernah dikenali dengan nama pentas Nas-T, pelakon yang baru sahaja diumumkan sebagai pemegang watak adiwira Keluang Man ini kini mahu dikenali dengan nama sebenar, Nas Muammar Zar.
Nas berkata, keputusan untuk menggunakan nama sebenar dibuat selepas dia memilih kembali aktif dalam bidang lakonan dan meninggalkan lapangan muzik sebagai seorang DJ.
“Memandangkan saya sudah lagi tidak bergelar DJ dan kembali fokus dalam bidang lakonan, saya rasa sebaiknya saya guna nama sebenar.
“Saya mahu beri fokus 100 peratus dalam bidang lakonan dan saya rasa, nama Nas-T itu sudah tidak relevan” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media pengumuman barisan pelakon filem Keluang Man di ibu kota pada Selasa.
Nas berkata, dia tidak kisah dipanggil dengan nama Nas-T, namun, sebolehnya, untuk cetakan media dan kredit bagi filem, dia mahu dikenali dengan Nas Muammar Zar.
“Bagi rakan-rakan media, peminat dan kepada yang dah biasa panggil nama Nas-T, saya tidak kisah. Cuma dalam cetakan media, kredit dalam filem, headline di media online, saya lebih prefer dikenali dengan nama sebenar,” katanya lagi.
Untuk rekod, nama Nas-T merupakan nama pentas bagi Nas yang diberi oleh DJ Fuzz. Menurut Nas, Nas-T merupakan ubahan nama daripada perkataan Inggeris ‘nasty’ yang disesuaikan untuk kegunaan nama pentas sebagai seorang DJ suatu ketika dahulu.
Selain Nas, turut diumumkan tiga watak utama lain pada majlis berkenaan iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor serta Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.
Filem ini bakal diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Astro Shaw kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran Keluang Man dijangka bermula April 2024 dan dijadualkan tayangannya pada 2025.
Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjayamencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.

BERITA TRENDING: Nas-T Diumum Sebagai Keluang Man​

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Keluang Man

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
05:21 MYT
Tahun ini, bukan sahaja abang Bomba dan JPJ yang menjadi tumpuan netizen namun kehadiran bintang filem Kahar: Kapla High Council dan Keluang Man juga turut menambahkemeriahan buat penonton yang hadir untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.