Keluang Man
Dua Generasi, Satu Lagu Tema, Siapa Di Sebalik Kolaborasi Lagu OST Keluang Man?
Filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man bakal membuka tirainya tidak lama lagi.
Siapakan penyanyi OST Keluang Man?
Malah teaser pendek yang dikeluarkan menerusi hantaran terbaharu di Instagram Astro Shaw juga turut mendapat perhatian netizen.
Lebih menarik lagi, menerusi ruangan komen rata-rata netizen sudah tidak sabar dan mula meneka siapakah gerangan penyanyi yang bakal menyampaikan runut bunyi atau OST Keluang Man.
Berdasarkan hantaran terbaharu itu juga, Astro Shaw seolah-olah memberi petunjuk dengan frasa ‘Gabungan 2 Generasi’ dan juga kelibat tiga orang lelaki serta seorang wanita.
Maksud ‘dua generasi’ ini merujuk kepada kolaborasi antara penyanyi dari era berbeza iaitu generasi veteran (80-90an) dan generasi kini (2020-an).
Kehadiran penyanyi wanita juga memberi bayangan bahawa Astro Shaw mungkin mengekalkan tradisi asal OST Keluang Man yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita pada tahun 1998.
Jadi, siapakah penyanyi sebenar di sebalik OST ini?
Astro Shaw bakal mengumumkannya pada 21 Februari 2025. Sama-sama kita nantikan!
Buat penggemar filem tempatan, nantikan filem Keluang Man terbitan Astro Shaw bakal berada di pawagam tahun ini.