Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Mya Amri
05/12/2023 12:55 MYT
05/12/2023 12:55 MYT
Sejak nama pelakon Nas Muammar Zar diumumkan sebagai pembawa watak superhero ikonik Malaysia iaitu Keluang Man, pelbagai reaksi telah diterima.
Rata-rata peminat Keluang Man memberikan reaksi positif di mana mereka menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat bagaimana Nas akan melakonkan watak itu secara live action.
Jika ada komen positif sudah pasti akan ada juga ‘cakap-cakap’ tidak enak diberikan kepada Nas oleh segelintir pihak yang kurang senang melihat pelakon itu menjadi Keluang Man.
Antara alasan yang diberikan adalah kerana ciri-ciri fizikalnya tidak menyerupai Keluang Man selain ada yang mengatakan mereka kurang mengenali Nas sebagai pelakon.
Disebabkan itu juga, netizen berharap agar mereka yang kurang mengenali Nas memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan kemantapan lakonannya.
Kata mereka lagi, Nas bukanlah calang-calang pelakon kerana dia sebelum ini terlibat dalam beberapa naskhah popular seperti Kami The Series (sebagai Abu), Blogger Boy (sebagai Kid) dan Air Force The Movie: Selagai Bernyawa (sebagai Kapten Adib/ Rock).
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
“Nas okay apa, melawak dia boleh juga masa siri dia dengan Qi Razali dulu, Blogger boy tu, pun watak dia masuk air juga, buat aksi dekat Air Force pun padu juga,”
“Kita perlukan muka baru tapi untuk kes Nas-T dia jarang keluar TV itu buatkan dia menarik. Macam Hollywood lah takkan orang yang sama je setiap masa. Boringlah,”
“Nas-T ni bukan pelakon cikai ya, yang tak kenal ni mesti budak BBNU,”
Selain Nas, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad yang menjadi milik Datuk Rosyam Nor serta Inspektor Sahab yang diberikan kepada Anwar Beg Mughal.
Filem ini bakal diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Astro Shaw kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran Keluang Man dijangka bermula April 2034.
Keluang Man dijadualkan tayangannya pada 2025.
Untuk info, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjayamencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaanMalaysia.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Sinopsis:
Keluang Man memaparkan kisah tentang seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam membenteras jenayah.

PILIHAN PEMBACA: Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”
Disebabkan itu juga, netizen berharap agar mereka yang kurang mengenali Nas memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan kemantapan lakonannya.
Kata mereka lagi, Nas bukanlah calang-calang pelakon kerana dia sebelum ini terlibat dalam beberapa naskhah popular seperti Kami The Series (sebagai Abu), Blogger Boy (sebagai Kid) dan Air Force The Movie: Selagai Bernyawa (sebagai Kapten Adib/ Rock).
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
“Nas okay apa, melawak dia boleh juga masa siri dia dengan Qi Razali dulu, Blogger boy tu, pun watak dia masuk air juga, buat aksi dekat Air Force pun padu juga,”
“Kita perlukan muka baru tapi untuk kes Nas-T dia jarang keluar TV itu buatkan dia menarik. Macam Hollywood lah takkan orang yang sama je setiap masa. Boringlah,”
“Nas-T ni bukan pelakon cikai ya, yang tak kenal ni mesti budak BBNU,”
BERITA TRENDING: Nas-T Diumum Sebagai Keluang Man