Skip to main content

Kes Curang Semakin Meningkat, Abby Abadi Cadang Satu Undang-Undang Digubal - “Selagi Tak Selesai Isu Lama, Tak Boleh Kahwin Baru”

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi meluahkan kebimbangan tentang trend lelaki mudah berlaku curang dalam rumah tangga di Malaysia.
  • Beliau menegur sikap segelintir lelaki yang menggunakan kekurangan pasangan sebagai alasan untuk curang dan mengabaikan keluarga.
  • Abby menggesa kerajaan menggubal undang-undang baru bagi menangani isu curang dan pengabaian pasangan serta anak-anak.

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi meluahkan kerisauan terhadap trend curang dalam rumah tangga yang dilihatnya sebagai sangat membimbangkan.

Menerusi ciapan di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berpendapat, kebanyakkan lelaki sama ada yang baru mahupun sudah lama berkahwin begitu mudah untuk berlaku curang kepada pasangan.

Malah, ahli kumpulan Elite ini mendakwa segelintir lelaki juga gemar menjadikan kekurangan pasangan sebagai alasan untuk mencari lain.

“Kantoi curang lepas itu kata isteri macam-macam. Sebahagian lelaki sekarang makin menjadi-jadi ya?

“Bila beria ajak kahwin, baru beranak seorang, dah macam-macam. Sendiri buat perangai, senang-senang je keluar rumah, main tinggal, lepas itu ada pengganti dah. Buat main je anak orang,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Abby turut menyuarakan pendapat agar satu undang-undang digubal buat individu yang berlaku curang terhadap pasangan bagi mengelakkan kes pengabaian pasangan dan anak-anak daripada berlaku.

“Malaysia! Tolonglah gubal undang-undang baru. Tak selesai yang lama, tak lulus kahwin baru!

“Yang setuju, yang bersama saya, jom buat sepanduk. Kita ikat lelaki spesis ini di pokok, biar kena gigit kerengga,” kongsinya.

Sumber: Threads Abby Abadi

Must-Watch Video

Advertisement