Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini

Ainun
26/10/2024 21:55 MYT

Separuh akhir Kilauan Emas 2024 telah menyaksikan enam peserta layak untuk berentap merebut gelaran juara di pentas akhir Kilauan Emas 2024 pada minggu hadapan.

Membawa lagu bergenre medley Cinta Antara Benua oleh Arni Nazira dan Mana Satu olehJuliana Banos, Ina berjaya mengungguli tempat pertama dengan markah keseluruhan 79.40%.

Selain itu, Gie berada di tangga kedua dengan markah keseluruhan 78.16%.

Dalam pada itu, Ron dan Atie mendapat tangga kedua tercorot dengan markah masing-masing iaitu 61.77% dan 61.03% namun hanya Atie disingkirkan di minggu keenam.

Pentas akhir bakal menyaksikan enam peserta berentap merebut peluang untuk bergelar juara di pentas Kilauan Emas 2024.

Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

BERITA TRENDING: "Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

BERITA TRENDING: Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024

BERITA TRENDING: One Cent Thief Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024!

BERITA TRENDING: “Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

#Elly Mazlein #Kak #Joey #Emas #Lina #Elly #Erra #Daud #2024 #Fazira #Kilauan
;