Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Tempat Pertama & Standing Ovation Daripada Juri, Ina Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

Firdaus
15/09/2024 01:25 MYT
Kilauan Emas 2024 telah membuka tirainya dengan persembahan 12 peserta.

Maria Dominasi Minggu Pertama

Membawa lagu Pelesit Kota oleh kumpulan Search, minggu pertama menyaksikan peserta dengan nama Maria menakluki tempat pertama selepas persembahan yang penuh energetik dengan markah keseluruhan 75.38%

Selain itu, peserta dengan nama pentas Ina berada di tangga kedua dengan markah keseluruhan 74.44% di samping memenangi Emas Berkilau Of The Week buat minggu pertama Kilauan Emas 2024.

Manakala peserta Sidi, Hamid dan Budin pula berada di tempat tiga tercorot dengan markah masing-masing iaitu 62.60%, 55.34% dan 43.89%.

BERITA TRENDING: Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

​BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

​BERITA TRENDING: Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

​BERITA TRENDING: Foto Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah, Erra Fazira Tepis Dakwaan Sudah Bersuami - "Saya Masih …”

Buat minggu pertama Kilauan Emas 2024, tiada sebarang penyingkiran yang dilakukan dan kesemua 12 peserta kekal bertanding untuk minggu seterusnya.

Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30% dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu. Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Kilauan Emas #Markah #Result #Kilauan Emas 2024