Kilauan Emas
Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
Cuba Penuhi Hasrat Isteri
Roy atau Zairosminan Azman Abdul Rahman, berkata dirinya akan sentiasa mencuba untuk memenuhi keinginan isteri, Rafidah Mohd Razali, dalam memastikan hubungan mereka kekal erat.
“Mahu jaga hati isteri saya senang sahaja, bawalah dia berbelanja tidak kiralah dalam talian mahupun pergi ke pusat beli-belah.
“Sejak dulu lagi saya memang wajibkan diri untuk luangkan masa bersama keluarga setiap hujung minggu.
Advertisement
“Selalunya selepas habis kerja di radio setiap Ahad, saya akan bawa keluarga keluar bersiar-siar tidak kiralah pergi makan atau ke pantai Port Dickson,” katanya.
Personaliti rancangan Projek Bapak Bapak itu turut mementingkan komunikasi yang baik dalam kalangan ahli keluarga.
Menurutnya, perkara tersebut merupakan salah satu faktor utama dalam menjaga keharmonian perkahwinan yang dibina selama 18 tahun.
“Dalam rumah tangga kita kena banyak bertolak ansur. Komunikasi memang penting, jika itu baik, maka perkahwinan anda akan selamat.
“Untuk pengetahuan semua, saya pernah ambil kursus komunikasi dan perhubungan ketika berusia 20-an. Waktu itu belum berkahwin. Saya saja belajar sebagai persediaan bergelar suami,” jelasnya.
BERITA TRENDING: Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”
BERITA TRENDING: Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"
BERITA TRENDING: Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”
BERITA TRENDING: Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”
Bercerita lebih lanjut, Roy tidak menafikan, dia menerima banyak godaan daripada wanita, namun mengendahkan perkara berkenaan kerana rasa kasihnya terhadap keluarga.
“Ada sahaja perempuan yang mesej di Instagram. Tapi kita jangan layan dan buka hati. Jika kita sayang keluarga, mengapa mahu susahkan diri? Lelaki kena kuat.
“Saya sudah tengok serabutnya rakan sekeliling saya (yang curang), jadi kita ambil sebagai pengajaran. Sebab bila sudah bersambut perasaan itu, semuanya akan jadi susah,” jelasnya.
Untuk rekod, Roy berkahwin dengan isteri, Rafidah Mohd Razali yang juga bekas ahli kumpulan Princess pada 11 Mac 2006.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan.
Dalam perkembangan terkini, Roy dipilih sebagai juri dalam program realiti Kilauan Emas bergandingan bersama Erra Fazira dan Datuk Hattan.
Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Kilauan Emas 2024 akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan tawaran terhad penjimatan 30%* dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Must-Watch Video