Laman Utama

Aduh, Terliur! Pearl Milk Tea Buat Sendiri Sempena Ramadan Ini, Why Not?

gempak
Azwa Rahman
09/05/2019
08:48 MYT
Sponsor Banner
Aduh, Terliur! Pearl Milk Tea Buat Sendiri Sempena Ramadan Ini, Why Not?
Memasuki hari keempat kita berpuasa, pasti anda tercari-cari apakah menu berbuka puasa yang enak untuk dinikmati.
Khairul Aming, yang popular menerusi video-video masakan mudahnya di Instagram telah menunjukkan cara paling mudah untuk menyediakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh susu bersama pearl.
Bahan-bahannya
  1. Satu ½ cawan gula perang
  2. Satu cawan air
  3. Pewarna hitam
  4. Dua cawan tepung ubi kayu
  5. Satu cawan gula perang
  6. Empat cawan air.
Cara membuat teh susu pearl:
  1. Masukkan setengah cawan gula perang dan satu cawan air dan sedikit pewarna hitam.
  2. Masukkan secawan tepung ubi kayu, kacau.
  3. Masukkan lagi setengah cawan tepung ubi kayu dan mulakan menguli.
  4. Potong kecil-kecil dan bulatkan.
  5. Panaskan secawan gula perang, empat cawan air dan masakkan pearl sampai ia pekat.
  6. Buat teh susu kegemaran anda, masukkan pearl sedikit dahulu di dalam gelas dan baru tuang teh susu.
  7. Tabur lagi beberapa biji pearl di atas air sebagai hiasan.
Amacam? Menarik kan teh susu pearl buatan sendiri. Inilah masanya anda cuba resipi mudah dari Khairul Aming ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live