Laman Utama

“Orang Lain Kurus Bila Bulan Puasa, Saya Naik 5 Kg!”- Rozita Che Wan

gempak
Syafiqah Jalal
27/05/2019
08:39 MYT
Sponsor Banner
“Orang Lain Kurus Bila Bulan Puasa, Saya Naik 5 Kg!”- Rozita Che Wan
Aktres jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta mendedahkan berat badannya akan naik mendadak ketika di bulan Ramadan.
Che Ta berkata seleranya serta makanan yang diambil di bulan Ramadan lebih banyak dari hari biasa meskipun berpuasa.
“Orang lain kurus bila bulan puasa tapi berat saya mesti naik paling banyak 5 kilogram.
“Saya makan banyak di bulan puasa dan selera juga bertambah.
“Saya biasa berbuka di rumah ibu jadi juadah yang disediakan itu banyak dan menyelerakan. Saya pasti makan sehingga habis kerana tidak suka membazir.
“Kemudian bila sahur juga saya mesti makan nasi. Biasanya saya akan masak beberapa lauk untuk sahur.
“Macam mana berat badan tak naik sebab saya akan makan banyak setiap hari, jika bukan bulan puasa kadang-kadang makan pun tak sempat,” katanya kepada Gempak.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu ditemui selepas majlis mengumumkkannya dan anaknya Aaisyah Dhia Rana sebagai duta kepada Habib Jewels.
Pun begitu, Che Ta memberitahu tidak terlalu gusar dengan kenaikkan berat badannya itu kerana ia akan mula susut sedikit demi sedikit selepas tamat Hari Raya.
“Nanti bila dah raya, berat pasti akan naik lagi kerana juadah raya pula bukan selalu kita nikmati.
“Namun saya tidak terlalu bimbang kerana bila habis cuti raya dan saya pula sibuk bekerja, berat akan mula turun.
“Cuma ambil masa sedikit lah sebab lebih sebulan makan tanpa kawalan,” katanya lagi.
Che Ta bakal beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga mertua sebelum pulang ke kampungnya di Alor Setar pada hari raya kedua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024