Laman Utama

“Saat Menunggu Mereka Shopping Itu Indah...”- Ustaz Ebit Lew Minta Suami Tak Marah Isteri Beli Baju Raya

gempak
Syafiqah Jalal
23/05/2019
04:41 MYT
Sponsor Banner
“Saat Menunggu Mereka Shopping Itu Indah...”- Ustaz Ebit Lew Minta Suami Tak Marah Isteri Beli Baju Raya
Tinggal kurang dua minggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya semua persiapan sedang sibuk dilakukan.
Begitu juga dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dikenali dengan sifat romantis setiap kali melayan isteri itu akui baru sahaja menemani isterinya bersama anak-anak membeli belah.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram miliknya, Ebit sempat menasihati kaum suami agar tidak memarahi isteri masing-masing sekiranya mereka mengajak untuk keluar membeli persiapan ataupun baju raya.
Ebit meminta supaya para suami buang sikap acuh tak acuh dalam melayan soalan isteri semasa membeli-belah kerana ia boleh membuatkan mereka rasa seperti tidak dihargai.
“Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari pergi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku. Terima kasih bidadariku sayang
“Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.
“Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi. Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.
“Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat
“Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di Ramadhan. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu,” tulisnya.
Perkongsian tersebut disertakan sepotong video Evit bersama isteri berpimpinan tangan ketika membeli belah.
Entri tersebut mendapat perhatian terutama kaum isteri yang menyokong dan bersetuju dengan pendapat dan nasihat Ebit.
Malah rata-rata mengagumi sifat Ebit sebagai seorang suami.
Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna. Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku. Terima kaseh bidadariku sayang . Jangan marah bila isteri nak beli baju raya. Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana?kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak. Suami dan anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi. Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian. Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki.. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat . Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di Ramadhan. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu-ebit lew #tourkeluargasunnahoktober2019 #www.keluargasunnah.com
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live