Maharaja Lawak Mega 2019
MLM 2019: Lisa Surihani Buat Rawatan Lasik, Berehat Dari MLM?
Pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Lisa Surihani memberitahu akan membuat rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan pada Khamis.
Lisa berkata, dia mengalami masalah rabun sejak sekolah rendah dan mula memakai kanta lekap ketika berusia sembilan tahun.
“Saya mula memakai kanta lekap sejak berusia sembilan tahun…Selama ini orang tak tahu yang saya bergantung kepada kanta lekap untuk penglihatan lebih jelas.
“Jadi pada Oktober lalu saya menjalani pemeriksaan di klinik Dr. Muhaya untuk memastikan mata saya ini cukup fit untuk melakukan rawatan.
“Alhamdulillah, lega bila dapat tahu mata saya sihat dan boleh menjalani prosedur membetulkan semula eye sight punya power.
“Sebelum menjalani rawatan esok, saya diminta untuk tidak memakai kanta lekap selama 10 hari, dan saya harap semuanya dipermudahkan,” katanya.
Lisa bagaimanapun tidak memberitahu tentang siapa yang bakal menggantikannya sebagai juri MLM 2019 pada Jumaat.
Selain Lisa, MLM 2019 turut menampilkan Najip Ali, Inul Daratista dan Datuk Jamal Abdillah sebagai juri dan pengkritik tetap.
Atau adakah Lisa tetap akan memikul tanggungjawabnya sebagai juri pada minggu ketujuh MLM 2019?
Jangan lupa saksikan malam bertemakan Moral bersama lapan lagi peserta yang tinggal iaitu Zero, Rojak, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.
MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Must-Watch Video