,
Maharaja Lawak Mega 2019

Selepas Tiga Kali Tangguh Majlis Perkahwinan, Mamat Sepah Bakal Tamat Zaman Bujang Tahun Ini

Fiza Kamarudin
05/01/2020
23:01 MYT
Pelawak Mamat Sepah mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.
Mamat berkata selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinan bersama tunang yang juga anggota polis IPD Shah Alam, dia berharap agar apa yang dirancang pada tahun ini menjadi.
“Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April.
“Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.
Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.
Mengimbau kembali detik perkenalannya dengan wanita berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, Mamat berkata dia tidak menyangka pertemuan tidak sengaja mereka bertukar menjadi serius.
“Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes tersebut.
“Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu,” katanya.
Mamat yang juga anggota kumpulan Stone ditemui selepas minggu Suku Akhir MLM 2019 berakhir. MLM 2019 bakal melabuhkan tirainya Jumaat ini dengan menyaksikan lima kumpulan iaitu Rare, Puteh, Zero, Bocey dan Jborn mara ke pentas akhir.
Siapa yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000? Jangan lupa saksikan pentas akhir MLM 2019, Jumaat ini.
MLM 2019 bersiaran bermula jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di: 1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Kahwin Duda, Irish Bella Dapat Masjid Hadiah Mas Kahwin

gempak
21/10/2024
00:55 MYT
Kisah pernikahan bekas isteri Ammar Zoni, Irish Bella pada hujung minggu ini masih menjadi sorotan media tempatan.
Hiburan

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

gempak
20/10/2024
09:55 MYT
Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali.
BorakSeeni