Maharaja Lawak Mega 2019

Undian SMS Tinggi Kerana Pengikut ‘Bigo Live’, Walaupun Persembahan Biasa-Biasa…Ini Jawapan SMART!

gempak
Fiza Kamarudin
28/11/2019
09:40 MYT
Sponsor Banner
Undian SMS Tinggi Kerana Pengikut ‘Bigo Live’, Walaupun Persembahan Biasa-Biasa…Ini Jawapan SMART!
Kumpulan SMART dianggotai Am, Zam dan Aliff Yasraff tidak menafikan mendapat sokongan daripada ‘keluarga Bigo Live’, malah berterima kasih kepada komuniti tersebut kerana memberikan sokongan padu buat mereka semenjak menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.
Untuk pengetahuan, ‘Bigo Live’ merupakan aplikasi yang pernah menjadi fenomena dan masih aktif sehingga kini.
SMART ketika dihubungi Gempak berkata, mereka sendiri tidak menyangka akan memperoleh undian SMS dan online tertinggi setiap minggu.
“Bila SMART masuk MLM 2019, connection yang Zam bawa daripada Bigo Live sejak tiga tahun lepas memberi kelebihan kepada SMART.
“Terutama dari segi undian dalam MLM 2019. Kami berterima kasih kepada keluarga Bigo Live kerana tidak jemu-jemu memberi semangat dan mengundi kami,” kata Zam mewakili SMART. Mengulas mengenai rasa tidak puas hati sesetengah penonton yang mendakwa persembahan SMART tidak setimpal dengan kedudukan selamat mereka setiap minggu, Zam berkata mereka menerima kritikan secara terbuka.
“Kami mohon maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh SMART setiap minggu.
“Kami mengaku persembahan SMART ada naik turun dan tidak konsisten, tetapi kami bersyukur ada penonton yang sentiasa menyokong dan memberi moral support untuk kami perbaiki persembahan dari minggu ke minggu dan terus berjuang di pentas MLM 2019,” katanya.
Bagaimanapun SMART menolak dakwaan mengatakan mereka tidak mengambil kira markah diberikan juri kerana bergantung kepada peratusan undian SMS.
“Berat tuduhan tu, tapi tak apa dakwaan dan kecaman membuatkan SMART lebih bersemangat lagi selepas ini.
“Kami juga menyangkal dakwaan tersebut sekeras-kerasnya kerana kami sentiasa berikan yang terbaik. “Kami akan buktikan yang kami pun akan berdiri sama tinggi dengan kumpulan lain yang lebih berpengalaman di pentas MLM,” kata SMART. Kumpulan Smart, diumumkan sebagai pemenang Oppo Punchline Machine dua kali berturut-turut, melebihi 30 ribu menerusi undian online.
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara: 1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega 2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Persaingan minggu depan akan diteruskan oleh kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Jambus, Puteh dan Rojak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.
MLM2019 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat bermula 1 November lalu.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live