Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2021: Dapat Teka Siapa ‘Sang Bara’, Korang Menang RM500! Fuhhhhhhh…Mari-Mari Teka Cepat!

Fiza Kamarudin
16/12/2021 11:26 MYT
Nampaknya semakin ramai yang teruja nak tahu siapa juri mulut laser di sebalik topeng ikon Maharaja Lawak Mega (MLM), naga merah yang dinamakan ‘Sang Bara’!

Musim ini entiti ‘Sang Bara’ didatangkan khas di pentas MLM 2021, untuk memberikan kritikan kepada persembahan setiap kumpulan.

Pada awalnya, kehadiran ‘Sang Bara’ ni agak tidak disenangi netizen kerana katanya terlalu lancang dan kasar memberi komen.

[[BACA: Sang Bara Koyak Kena Troll?]]

Tetapi selepas minggu kedua ‘Sang Bara’ mengkritik, netizen bertukar kem! Kritikan ‘Sang Bara’ mula diterima dan dipuji kerana pandangannya yang lebih relevan kepada bintang-bintang MLM 2021!

[[BACA: Nampaknya Ramai Yang Bertukar Kem...Sokong Sang Bara Pula!]]

Gempak ada berita baik untuk korang semua…Kami nak beri RM500 kepada yang dapat meneka dengan tepat siapa sebenarnya ‘Sang Bara’.

Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu mengisi menjawab soalan ‘Siapa Sang Bara’ melalui Google Form yang disediakan di posting Facebook Astro Gempak. ---> Klik sini je!



Atau…kalau nak lagi senang, korang boleh jawab di link ni: https://forms.gle/WrMfXwtUd5uygdqR8

Kalau korang dah ada nama yang bermain di fikiran, jom join peraduan ni sekarang! Peraduan sudah pun bermula pada 15 Disember dan akan berakhir pada 17 Disember ini (esok gais!). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tunggu apa lagi? Jom teka sekarang dan korang berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500!

[[BACA: Markah Penuh Minggu Pertama...Nama Tok Ram, Afdlin Shauki, Douglas Lim Kena Petik Gara-Gara Sang Bara!]]

[[BACA Siapa 'Sang Bara?'...Lepas Buat Tapisan Suara, Ada Yang Kata Sharnaaz Ahmad, Tapi Ramai Juga Teka Fizz Fairuz!]]

#MLM 2021 #maharaja lawak mega 2021 #Sang Bara