Kepada yang tertanya-tanya, tema yang dipersembahkan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 malam tadi ialah ‘Entiti Props’.

Para bintang dikehendaki membuat sketsa bertemakan majlis dengan menggunakan prop yang diberi tetapi props mesti digunakan bukan dengan kegunaan asal. Ha…sebab itulah bila korang tengok beg jadi motorlah, tudung saji jadi cincin dan pelik-pelik lagi la…

Apa pun persembahan malam tadi menyaksikan peningkatan dalam persembahan beberapa buah kumpulan seperti Tobat, Bahye dan Taici. Good job gais!

Bercakap fasal kumpulan Tobat, welcome back to MLM Ajak! Nampaknya percaturan Bell dan Ropie membawa masuk anggota kumpulan Shiro itu menjadi.

Sampai juri pun menjangkakan Tobat bakal melangkah ke final dengan kehadiran Ajak…Eh apa maksud juri tu? Adakah gandingan Bell dan Ropie tak cukup padu?...Hehehe…

Selain kisah kumpulan Tobat satu lagi yang menarik perhatian #MLM2021ApeCiter ialah ‘Sang Bara’! Korang perasan tak ‘Sang Bara’ koyak sikit semalam bila beberapa kumpulan kenakan dia?

Rilekslah ‘Sang Bara’, dorang cuit sikit-sikit je pun…Takkan tu pun tak leh terima kot? Gurau-gurau manja, chillah…Lagi pun dorang teruja nak tahu siapa di sebalik topeng tu.

Dannnn…tahniah kepada kumpulan Tiro kerana dua minggu berturut-turut menjadi penerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi berjumlah RM1,000.

Untuk pengetahuan semua, Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat diberikan kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi daripada juri profesional.

Okaylah, jom tengok markah dan kedudukan di minggu ketiga MLM 2021:


MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.

Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).