,
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021: “Syukur Dapat Beraksi Lagi Minggu Ini, Tapi Kalau Tersingkir Minggu Lepas Cawan Pasrah…” – Wan Gegau

Fiza Kamarudin
25/11/2021
06:09 MYT
Pelawak, Wan Gegau yang juga anggota kumpulan Cawan di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 menarik nafas lega apabila ketua juri, Datuk Rosyam Nor mengumumkan tiada penyingkiran minggu lalu.
Kata Wan lagi, kumpulan Cawan bersyukur kerana masih berpeluang untuk beraksi pada minggu ke-tujuh, Jumaat ini.
“Alhamdulillah Cawan masih diberikan rezeki dan peluang untuk beraksi pada di pentas MLM 2021 ini. Lega apabila Datuk Rosyam Nor kata tiada penyingkiran,” katanya.
Bagaimanapun menurut Wan jika ada penyingkiran yang berlaku minggu lalu, kumpulan Cawan menerimanya dengan hati terbuka.
“Jika nak dibandingkan dengan kumpulan lain memang ada kelemahan dalam persembahan Cawan pada malam itu.
“Sekiranya ada penyingkiran, kami pasrah dan akur akan keputusan yang diumumkan. Tersingkir tu pasti ada, sebab ini pertandingan.
“Jadi untuk memastikan penyikiran itu bukan berpihak kepada Cawan, apa yang perlu dilakukan, kami perlu perbaiki kekurangan persembahan kami agar dapat mara ke minggu seterusnya jika masih ada rezeki dalam perjuangan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Wan berkata undian secara atas talian antara cabaran buat kumpulan Cawan.
“Antara cabaran kumpulan Cawan ialah undian online kami yang berada di tahap yang rendah. Mungkin sebab kami ini nama-nama yang tidak besar, jadi peminat pun kurang.
“Apa pun kami akan sentiasa berusaha agar Cawan diterima penonton dan peminat komedi tanah air,” katanya.
Berkongsi mengenai persediaan di minggu bertemakan ‘Karoot dan Dikir Barat’, Wan berkata mereka berharap semuanya berjalan dengan lancar.
“Tiada istilah putus asa untuk Cawan. Keyakinan pada cerita yang bakal dibawa, watak dan perwatakan yang bakal disarung oleh setiap orang dari kami selain kepercayaan di antara satu sama lain dalam mempersembahkan apa yang telah dirancangkan.
“Selebihnya adalah atas penerimaan para juri dan penonton. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT semuanya akan berjalan dengan baik hendaknya.
“Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang mengambil berat dan memberi sokongan penuh terhadap kumpulan Cawan.
“Terutamanya Fans Cawan sendiri yang sentiasa memberikan sorakan bertenaga supaya kami terus bersemangat san dapat buat persembahan yang terbaik.
“Apa pun teruslah mengundi kami kumpulan Cawan "Biar Ponoh Jangan Tumpah" agar kami juga layak dan berhak untuk beraksi di pentas akhir MLM 2021,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?
Maharaja Lawak Mega 2021

Beli Bot Nelayan, Buat Rumah Untuk Mak, Kerjakan Haji & Umrah Antara Perancangan Tiro Selepas Dapat Duit Kemenangan

gempak
18/12/2021
02:33 MYT
Semoga apa yang dihajatkan terlaksana...
Maharaja Lawak Mega 2021

Kumpulan Tiro Juara Maharaja Lawak Mega 2021, Bawa Pulang RM500,000!

gempak
17/12/2021
16:09 MYT
Tahniah Tiro!
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021: Netizen Tak Puas Hati Dengan 'Hint' Sang Bara, Gigih 'Korek' Sampai Jumpa Gambar 4 Pelakon Lelaki Ni!

gempak
17/12/2021
07:28 MYT
Boleh jumpa pulak tu! Hebat jabatan netizen!