,
Masked Singer 2

“Keliru Betul Dengan Orkid Ni” - Suara Letup, Ini Nama Tekaan Netizen

Mya Amri
17/03/2022
09:42 MYT
Minggu lalu nampaknya kostum Orkid antara yang menjadi bintang kegemaran netizen dalam The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2).
Menyampaikan lagu Easy On My nyanyian asal penyanyi antarabangsa terkenal, Adel, ternyata persembahan Orkid berjaya memukau netizen.
Disebabkan itu juga ada beberapa nama yang bermain difikiran netizen tentang siapakan figura disebalik topeng itu.
Antara nama-nama yang menjadi pilihan netizen adalah Elly Mazlein, Idayu AF, Liza Hanim, Siti Saerah, Feeya Iskandar dan atlet negara, Fariha Razak.
Nama-nama yang disebutkan itu dikatakan memiliki lenggok suara yang hampir sama walaupun adakalanya nada nyanyian Orkid ini agak mengelirukan dan sukar untuk diteka.
Hm agak-agak betul kah tekaan netizen? Sama-sama kita nantikan minggu ini.
Minggu lalu juga menyaksikan penyingkiran Reshmonu iaitu figura disebalik kostum Periuk Kera.
Siapa pula yang bakal didedahkan? Sama-sama kita nantikan.
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis Korea

[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

gempak
05/03/2023
14:50 MYT
Suka dengar Han Byul cakap Melayu.
Laman Utama

Aibnya Perangai! Pengurusan Mohon Pengunjung Jangan Rembat Pokok Bunga Di Pesta Floria Putrajaya

gempak
08/09/2022
09:55 MYT
Memalukanlah!
Masked Singer 2

“Gerak Tangan, Gelak, Dah boleh Agak Itu Ara, Saya Kenal Dia” - Amir Masdi Komen Ratu Semut

gempak
03/04/2022
07:37 MYT
Seladang dan Ratu Semut.
Masked Singer 2

TMSM2: Lisa Surihani Puji Hannah Delisha- “Terima Kasih Burung Hantu…”

gempak
02/04/2022
05:16 MYT
Congrats Hannah
Masked Singer 2

Rambutan Tepati Ramalan, Shila Amzah Juara The Masked Singer Malaysia 2!

gempak
01/04/2022
15:23 MYT
Tahniah buat pemenang.