Skip to main content

Selebriti

“Mungkin Saya Nampak Seperti Orang Jahat Sekarang Tetapi…” - Noreen Iman

“Mungkin Saya Nampak Seperti Orang Jahat Sekarang Tetapi…” - Noreen Iman

Sekilas

  • Pelakon Noreen Iman berkongsi bahawa dia kini bebas daripada hubungan toksik dan memilih untuk teruskan hidup tanpa mengharapkan validasi sesiapa.
  • Dia menegaskan dirinya bukan mangsa tetapi pejuang yang berjaya bangkit daripada pengalaman pahit demi keluarga tercinta.
  • Noreen bersyukur urusannya dipermudahkan dan kini fokus utamakan diri sendiri serta anak-anak dan ibunya.
Advertisement

Pelakon, Noreen Iman berkongsi luahan hati mengenai fasa baharu dalam hidupnya selepas mengakui dirinya kini berjaya keluar daripada hubungan yang disifatkan sebagai toksik.

Menerusi ciapan di Instagram Story, Noreen atau nama penuhnya Noreen Iman Abdullah berkata walaupun ada pihak yang memandang serong terhadap perubahan dirinya, namun dia memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan validasi daripada sesiapa.

Advertisement

“Suka atau tidak, kehidupan mesti diteruskan. Mungkin saya nampak seperti orang yang jahat sekarang tetapi tidak mengapa. Saya tidak perlukan validasi dari sesiapa. Tetapi apa yang penting, saya dah bebas dari perkara yang buatkan saya tersekat dengan jerat cinta, tanggungjawab dan nilai diri,”tulisnya.

Dalam masa sama, Noreen menegaskan bahawa dia tidak melihat dirinya sebagai seorang mangsa, sebaliknya seorang pejuang yang berjaya bangkit daripada pengalaman pahit.

“Saya bukan mangsa tetapi saya adalah pejuang. Saya terselamat dari perkara yang buatkan saya seperti wanita bodoh. Saya rasa tak berguna, tak pernah dilihat dan tak pernah didengari. Tak pernah juga dihargai. 

“Satu perkara yang buatkan saya semakin kuat ialah saya perlu bekerja keras demi orang tercinta saya. Daripada seseorang yang struggle dan akhirnya sudah terselamat. Ianya tidak mudah tetapi saya berjaya harunginya,”katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membebaskan diri daripada kehidupan yang tidak bahagia.

Malah, dia bersyukur apabila segala urusannya dipermudahkan dan kini memilih untuk mengutamakan dirinya serta insan tersayang.

“Saya dah lama nak bebaskan diri saya dan alhamdulillah tuhan permudahkan urusan saya sebab saya nak pilih diri saya berbanding toksik. Fu*k segala lebam, segala perkara yang ubah diri saya sampai saya tak jadi diri sendiri, segala bil psikiatri dan enablers.

“Saya pilih diri saya, anak-anak dan ibu. Biarkan saya beri tumpuan pada mereka. Segala kebisuan yang saya pendam selama ini, setiap tangisan dan fikiran setiap malam. Saya sudah tidak mahu lagi. Saya tahu saya dah berubah secara drastik sekarang dan ianya salah untuk jadi seperti ini. Namun, saya akan jadi yang lebih baik, insyallah,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Must Watch Video

Advertisement