Muzikal Lawak Superstar 2
MLS2: Tukar Nama Kumpulan, Oh! Ini Rupanya Maksud Janggo
Bintang Muzikal Lawak Superstar 2, Khir Rahman menjelaskan faktor menukarkan nama kumpulannya kepada Janggo.
Khir bersama dua lagi anggota Janggo, Joey dan Man Rajalawak memaklumkan perkara itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Hai korang, ini adalah serius. Kami tidak lagi bernama yang dulu kerana nama itu telah di ‘trade mark’ kan oleh pihak lain sebab itu sekarang kami bergelar Janggo. Jangan goyang,” katanya.
Man Rajalawak juga turut memuat naik makluman berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Imbas kembali persembahan di minggu ketiga, Janggo menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 49.59%.
Manakala tempat pertama untuk minggu berkenaan menjadi milik Heart dengan jumlah 51.43%.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI
Must-Watch Video