Muzikal Lawak Superstar 2
“Ni Caprice Cetak Rompak” - Bang Bang! Lucu Bila Caprice Pun Komen Persembahan Epik Fad
Penyanyi rap Caprice memberikan komen terhadap persembahan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Fad dari kumpulan U.N.I.
Menerusi akaun Instagramnya, Caprice berkongsi klip video pendek yang merakamkan gelagat lucu Fad yang tampil sebagai karakternya sewaktu persembahan pusingan pertama di pentas akhir MLS2 Jumaat lalu.
Dengan memakai topi, kaca mata, cara percakapan dan juga tagline popular Caprice iaitu ‘bang bang bang’ sudah cukup mencuit hati penonton dan juga tiga juri tetap, Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin.
Caprice juga tidak ketinggalan memberikan komen terhadap persembahan epik Fad itu.
“Ni caprice cetak rompak... Why buy the gold disc and not the purple disc...” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut memuji persembahan U.N.I yang disifatkan sebagai antara yang terbaik pada malam itu.
Pentas final MLS2 menyaksikan kumpulan Heart diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan U.N.I yang membawa pulang wang tunai RM75,000 sementara kumpulan Viral membawa pulang wang tunai RM50,000 sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Viral yang memenangi hadiah wang tunai RM50,000
Janggo pula akur di tempat keempat dengan menerima wang tunai RM25,000.
Keempat empat finalis juga turut membawa pulang trofi.
Sementara itu, sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM10,000 didermakan kepada badan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah Semenyih.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Nur Fazura manakala 50% lagi adalah undian.
Must-Watch Video