Muzikal Lawak Superstar 2
“Sebab Mama Suruh” - Masuk MLS2, Ini Jawapan Sempoi Cik B
Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini mencuba nasib di pentas program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).
Menurut Cik B, ibu kesayangannya yang banyak memberi galakan dan semangat untuk menyertai MLS2. Dia menyertai pertandingan ini dengan menjadi salah satu anggota kumpulan ABC.
“Saya sertai MLS2 sebab mama yang suruh. Sebenarnya saya juga berasa gembira diberi peluang untuk sertai program berkenaan.
“Bukan semua orang boleh masuk program ini jadi rasa gembira bila saya dapat sertai. Satu pengalaman yang baharu.
“Saya dah bersedia dan saya juga harap dapatlah bertahan sampai top 3,” ujarnya kepada Gempak.
Selain Cik B, kumpulan ABC juga turut disertai oleh Chiwan dan Achok.
Muzikal Lawak Superstar 2 kali ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Manakala pelakon Nur Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie pula dipilih untuk menjadi juri tetap MLS2.
MLS2 bersiaran bermula hari ini (18 Disember) setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Must-Watch Video