,
Muzikal Lawak Superstar 2019

“Netizen Ni Sampai Kiamat Pun Akan Pertikaikan Juri” – Altimet

Mya Amri
17/07/2019
13:45 MYT
Baru masuk minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar (MLS), sudah ada kata-kata kurang manis yang dilontarkan kepada juri tetap program berkenaan, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie.
Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan kredibiliti mereka ketika membuat penilaian.
Bagaimanapun kata Altimet, dia menganggap perkara itu sebagai satu isu yang sengaja ditimbulkan netizen.
“Bila acara itu sepenuhnya undian mereka pertikaikan, 100% juri pun jadi pertikaian. Sekarang bila 50% juri, 50% undian pun tetap dipertikaikan juga.
“Netizen ni sampai kiamat pun dia akan pertikaikan juri. Bukan pandang rendah pada mereka cuma kadang-kadang cara mereka abila memberikan komen itu semuanya ada sahaja yang tidak betul.
“Seolah-olah seperti mereka sendiri belum tahu apa yang mereka mahukan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Altimet lagi sebelum memegang tanggungjawab sebagai juri, dia sudah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.
“Sejak awal dipanggil untuk menggalas tugas juri, saya dah boleh agak mesti akan ada orang pertikaikan.
“Saya masuk anugerah pun saya tidak pernah pertikaikan kredibiliti juri, saya ikut sahaja keputusan yang diberikan. Saya tak mengkritik mereka sebab saya tahu itu adalah kerja mereka sebagai seorang juri,” ujarnya.
Terdahulu, kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Altimet, Nora Danish dan Datuk Awie manakala 50% lagi adalah undian.
BACA: Ops! Ini Dia Markah Penuh Minggu Ketiga Muzikal Lawak Superstar
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Berita

Cari Gula-Gula Dalam Tepung, Tarik Upih… Altimet Rancang Adakan Sukan Rakyat

gempak
09/04/2024
11:55 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet merancang untuk menganjurkan sukan rakyat bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan penduduk dikawasannya.
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.