Muzikal Lawak Superstar 2019

“Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya”– Isu Campak Tanjak Ke Lantai, Nabil Ahmad Mohon Maaf

gempak
Mya Amri
13/07/2019
11:48 MYT
Sponsor Banner
“Saya Amat Malu Dengan Perbuatan Saya”– Isu Campak Tanjak Ke Lantai, Nabil Ahmad Mohon Maaf
Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya mencampak tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas Muzikal Lawak Superstar (MLS) semalam.
Nabil membuat permohonan maaf itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Nabil, dia tidak pernah terlintas sedikit untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.
“Assalamualaikum, saya Nabil Ahmad. Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya malam tadi di atas pentas Muzikal Lawak Superstar.
“Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adat melayu kita terutama sekali tanjak yang saya pakai dan saya telah ditegur secara baik oleh Tok Cindai dan seluruh ahli keluarga pengabdi budaya. “Saya ingin memohon maaf dan memohonampun kepada semua yang mana terguris hati dan perasaan atas keterlanjuran saya.
“Saya harap permohonan maaf saya ini dapat diterima oleh semua. Insya-Allah,” ujarnya menerusi video berkenaan.
Malah menerusi kapsyen video berkenaan juga, Nabil menyatakan rasa malu dengan tindakan yang dilakukannya itu.
“Asalamualaikum Tuan-Tuan sekalian, saya manusia yang banyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.
“Dan hal ini betul-betul memperingatkan saya pada maruah budaya khemahkotaan bangsa Melayu kita.
“Saya juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat Tok Cindai dan semua yang terkesan dengan perbuatan saya.
“Saya personally amat malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.
Terdahulu, Nabil perbuatan Nabil itu telah mendapat teguran Dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Perlakuan Nabil yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu.
Tok Cindai menerusi akaun Facebooknya juga menuntut Nabil untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live