Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

MLS3: “Perkataan Kecaman Memang Netizen”- Isu Juri Terasa, Beby Acha Mohon Maaf, Tak Mahu Datuk Awie Salah Faham

Mya Amri
15/08/2022 05:41 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Beby Acha tampil memberikan penjelasan berhubung rakaman video yang dipaparkan sebelum persembahan kumpulan JOKI bermula.

Menurut Beby, terdapat salah faham tentang maksud sebenar perkataan kecaman yang disebut di dalam video itu.

“Pertama sekali saya nak minta maaf sangat-sangat, minta maaf Datuk Awie, kak Siti Saleha dan abang Najip Ali.

“Kami sangat faham yang juri memang menjalankan tugas sebagai juri untuk tegur apa yang perlu diperbaiki.

“Tapi mungkin ini ada salah faham sebab masa saya atas pentas, penat saya ingat jika saya ada cakap mengenai juri kecam.

“Tapi kita dah atas pentas kita terus saja minta maaf. Turun sahaja pentas saya terus fikir dan minta Fuad tengok kembali rakaman tayangan video itu.

“Sekali tengok rupanya saya cakap minggu lepas kita dapat pujian ke kecaman. Benda itu saya tak mention juri dan itu adalah pertanyaan dan lebih kepada fokus netizen.

“Biasanya kecaman, kita automatik akan fikir netizen. Langsung tak ada mention fasal juri. Tak ada,” jelasnya kepada Gempak.

Tambah Beby lagi, sebagai pendatang baru dia juga amat memahami dan menghormati tugas juri yang lebih banyak pengalaman dalam industri.

“Kita tahu perkataan kecaman itu tak sesuai untuk juri sebab kecaman itu memang hanya daripada netizen.

“Tak akan juri pula nak kecam peserta kan. Juri menjalankan tanggungjawab untuk menilai kita, apa yang perlu diperbaiki, itu kita terima.

“Benda ini salah faham, jadi tak mengapalah mungkin salah juga pada saya. Rakaman itu bersifat santai jadi gelak-gelak bersama anggota kumpulan.

“Langsung tidak ada niat lain, tapi apa-apa pun saya minta maaf dengan ikhlas. Rezeki kami hanya sampai minggu keempat.

“Terima kasih pada Datuk Awie, Kak Siti Saleha dan abang Najip Ali yang sebelum ini pernah tegur, komen persembahan kami.

“Terima kasih banyak-banyak. Kami belajar dan ini adalah pengalaman yang sangat besar untuk kami, pendatang baru.

“Macam saya bukan pelawak dan hanya penyanyi. Insya-Allah selepas ini saya hanya akan fokus menyanyi.

“Melawak ini memang bukan bidang saya tapi ini adalah pengalaman untuk saya. Seronok sebenarnya tapi saya tahu tahap kemampuan saya. Tapi kalau ada rezeki… Insya-Allah,” ujarnya.

BACA: MLS3: Siti Saleha Jawab Dakwaan Peserta Sentap Komen, - “Tak Payah Personalize, Kita Tahu Itu Tugas”

Terdahulu, Datuk Awie telah menegur Beby Acha kerana penggunaan perkataan kecaman.

“Saya nak perbetulkan apa yang Beby Acha cakap, kami bukan kecam, kami hanya komen, benda yang benar kita benarkan, benda yang lawak kita lawakkan, benda yang tak lawak kita cakap tak lawak.

“Sebab tadi saya dengar masa dalam video tadi ‘kita kena kecam’, bukan kecam. Fasal kami terasa juga, nanti lepas ini bila kita cakap benda betul kamu orang buat video pula nanti.

“Tugas kami adalah untuk memberi komen dan markah yang tertentu jadi anggaplah ini tanggungjawab daripada kami dan kamu semua buat apa sahaja di atas sana dan ready untuk di komen,” tegasnya.

BACA: MLS3: UBI Paling Padu! Jauhnya Beza Markah! - Ini Recap & Komen Juri Minggu Keempat

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Datuk Awie #Muzikal Lawak Superstar #Salah Faham #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #Beby Acha #Isu Juri Terasa
;