,
Muzikal Lawak Superstar 2022

MLS3: UBI Paling Lucu! Jauhnya Beza Markah! - Ini Recap & Komen Pedas Juri Minggu Keempat

Mya Amri
14/08/2022
12:22 MYT
Minggu keempat Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menyaksikan penyingkiran kumpulan JOKI.
Dengan lokasi bertemakan ‘Kampung’, JOKI yang dianggotai Gomok Gahai, Fuad Nasirr dan Beby Acha akur dengan keputusan tersebut.
Manakala juri pula tidak terkejut dan sudah boleh menjangkakan keputusan tersebut dengan melihat kepada persembahan JOKI yang kurang menyengat.
Bagaimanapun lain pula kisahnya dengan UBI yang berjaya mengekalkan kedudukan mereka di tempat pertama minggu ini sekaligus dinobatkan sebagai penerima Superstar Gempak of The Week buat kali ketiga.
Kesemua bintang diadili 50% oleh juri tetap dan 50% lagi secara online.
Minggu ini juga meriah kerana lagu-lagu yang dibawakan oleh bintang MLS3 haruslah bertemakan dangdut dan Bollywood.
Malah tetamu undangan, penyanyi dangdut Mas Idayu juga hadir memberikan persembahan hangat dengan membawakan dua buah lagu iaitu Kerana Pengalaman dan Selangit.
Mungkin ada yang terlepas pandang, jom imbas kembali komen-komen padu juri di minggu keempat.
1. UBI - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie (60.70%)
“Minggu ke minggu UBI semakin berisi. UBI saya tahu prestasi anda Sharif dan Fad, tapi secret weapon anda adalah saya rasa datang daripada Namie.
“Namie saya rasa anda ada ruang untuk anda bersinar dan menyerlah di pentas ini. Pastikan anda memilih lagu yang sesuai kerana suara anda sangat baik. Jadi senangkan kita, kerana bila kita senang, awak menang,” - Najip Ali (5 bintang)
2. OOD - Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid (51.36%)
“Saya suka, effort yang bagus persembahan yang baik. Terima kasih, opening pun best dan pandai gunakan tema kampung dengan lagu-lagu Bollywood yang saya rasa semua enjoy.
“Tetapi mungkin minggu depan nak tengok korang semua tiga-tiga menyanyi lagi lama, saya pula enjoy,” - Siti Saleha (4 bintang).
3. CILI - Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir (36.04%)
“Tidak dinafikan bahawa korang ni secara individu mempunyai personaliti yang sangat terpesona, pandai memikat dan menguasai pentas.
“Tapi dalam pertandingan ini secara unik saya belum dapat rasakan kepedasan CILI yang sebenarnya, yang maksimum saya belum rasakan.
“Satu perkara yang saya suka tentanh Ali yang saya di pentas lain, awak selalu dah rancang, tahu apa nak buat tapi awak ada ruang untuk awak buat improvisasi.
“Anda selalu menyelitkan unsur spontan dalam persembahan anda. Itu saya suka. Itu yang membuatkan anda istimewa dalam dunia lawak ini. Saya mahu anda pedaskan lagi pentas ini,” - Najip Ali (4 bintang)
4. ARTEH - Has, Dewa, Qody Rany (34.85%)
“Saya nampak peningkatan sangat ketara interpretation yang awak buat ini menjadi. Tahniah.
“Kalau boleh jangan membaca (lirik), yelah ini pertandingan kan kita ada point-point tertentu di situ,” - Datuk Awie (3 bintang)
5. BAHROY - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic (33.63%)
“Terima kasih persembahan yang baik minggu ini. Effort yang baik, saya suka elemen of surprise, itu yang saya rasa semua tertunggu-tunggu.
“Tapi kalau boleh banyakkan lagi kejutan, banyakkan lagi lawak dan punchline terutamanya. Malam ini saya suka,” - Siti Saleha (3 bintang)
6. SELIT - Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data (31.00%)
“Saya rasa semua bintang berbakat kalau tidak anda tidak akan berada di atas pentas ini. Tapi kadang-kadang bakat itu mungkin waktu rehearsel lebih menyerlah atau minggu lepas, minggu depan lebih menyerlah.
“Cuma malam ini bakat itu tidak keluar. Apa kita cari adalah lawaknya. Bagi saya, saya tidak nampak di mana lawak itu.
“Jadi ini satu perkara yang anda bertiga perlu fikir-fikirkan. Kena buat banyak homework, study. Tugasan untuk bagi orang ketawa ini bukan mudah, saya tahu, susah payah kamu bertiga di atas memang kita respek.
“Tapi effort anda. Alhamdulillah. Tapi bagi saya, saya perlukan lebih. Insya-Allah cuba lagi,” - Datuk Awie (3 bintang)
7. NGAM - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin (30.85%)
“Saya suka pada minggu ini anda tidak terpekik-pekik, sekarang anda cool, berbual, tapi anda masih belum tepat memilih lagu-lagu untuk menguatkan lagi jalan cerita.
“Masih lagi tertanya-tanya pada diri saya di mana saat lontaran punch line yang bernas dan baik untuk kita nikmati serta hargai punch line itu.
“Saya nak anda pentingkan bagaimana anda pilih saat-saat yang baik untuk anda memberikan punch line yang luar dugaan kita.
“Kegagalan sebuah kumpulan adalah bila jalan cerita itu lebih predictable atau boleh dijangkakan. Saya suka semangat NGAM. Jadi teruskan,” - Najip Ali (3 bintang)
8. WISEL - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman (25.89%)
“Effort yang baik cuma nampak sedikit pressure tu mungkin selepas persembahan UBI yang sangat mantap dan kuat.
“Cuma saya nak minta maaf nak cakap, mungkin korang dalam bahaya malam ni, minta maaf sangat-sangat.
“Minggu depan tolong buktikan pada kami dengan muzikal yang lagi up dan konten menarik,” - Siti Saleha (3 bintang)
9. JOKI - Gomok Gahai, Fuad Nasirr, Beby Acha (25.68%)
“Saya nak perbetulkan apa yang Beby Acha cakap, kami bukan kecam, kami hanya komen, benda yang benar kita benarkan, benda yang lawak kita lawakkan, benda yang tak lawak kita cakap tak lawak.
“Sebab tadi saya dengar masa dalam video tadi ‘kita kena kecam’, bukan kecam. Fasal kami terasa juga, nanti lepas ini bila kita cakap benda betul kamu orang buat video pula nanti.
“Tugas kami adalah untuk memberi komen dan markah yang tertentu jadi anggaplah ini tanggungjawab daripada kami dan kamu semua buat apa sahaja di atas sana dan ready untuk di komen.
“Ini pertandingan. Tapi macam mana pun ada usaha untuk mencari lawak tu cuma tidak kesampaian lagi. Mungkin boleh perbaiki. Usaha lagi,” - Datuk Awie (2 bintang).
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Apa Yang Dia Buat Tak Nampak Depan Kamera, Dari Kecil Hiburkan Kita”- Zuara Hargai Datuk AC Mizal, Siap Beri Anugerah Khas

gempak
11/11/2024
14:55 MYT
Kumpulan Zuara memberikan kejutan dengan memberikan penghargaan kepada hos Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) dengan Anugerah Khas ketika membuat persembahan.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil
Unitar