Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS3: “Walaupun Tak Suka, Kena Respek Bakat Dia”- Achey Minta Jangan Emosi Sebab Ali

Mya Amri
26/09/2022 03:39 MYT
“Saya masukkan Ali sebab bakat, bukan fasal apa yang dia lalui dalam hidup dia,” demikian jawab Achey apabila ditanya mengenai pemilihan Ali dalam kumpulan CILI untuk program Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3).

Tambah Achey lagi, penonton tidak akan dapat menikmati sesuatu persembahan secara adil sekiranya telah menilai seseorang individu itu dengan meletakkan rasa tidak puas hati dari awal.

“Begini, jika mahu tonton satu-satu hiburan, kalau meletakkan perasaan yang benci pada seseorang individu, anda tidak akan dapat hiburan.

“Sebab anda tidak meletakkan apa yang dia boleh persembahkan, suka dan juga bakat adalah satu perkara yang berlainan.

“Kalau anda melihat seseorang itu melalui bakat anda akan ketepikan perasaan suka atau pun tidak, tetapi bila anda tengok sahaja terus kata tak suka, anda akan lupa pada bakat dia,” jelas Achey ketika ditemui Gempak.

BACA: MLS3: “Bukan Kata Namie Tak Bagus…” - Datuk Awie Jawab Sebab Juri Pilih Shiha Superstar Paling Gempak

Menyifatkan pemilihan Ali sebagai keputusan yang tepat, Achey berharap orang ramai dapat melihat bakat yang ada pada Ali.

“Orang semakin bijak menilai lawak tetapi jangan meletakkan hiburan itu dengan perasaan suka atau pun tidak pada satu-satu individu.

“Sebagai contoh, kalau saya jadi penonton, saya pun boleh cakap tak suka orang itu orang ini, tetapi sekiranya dia outstanding dalam persembahan, kena respek sebab bakat yang dia miliki.

“Kadang-kadang orang pandai menilai lawak tetapi ramai yang pergi lebih kepada emosi dahalu sebelum konten, tak seronoklah macam tu,” ujarnya.

BACA: MLS3: Tepati Ramalan! UBI Dinobatkan Sebagai Juara, Bawa Pulang RM150,000

Terdahulu, CILI dinobatkan sebagai naib juara MLS3 namun pemilihan Ali sebagai anggota kumpulan mereka menjadi pertikaian ramai.

Rata-ratanya merasakan Ali tidak layak untuk bersama CILI apatah lagi dengan isu hangat yang pernah melanda dirinya sebelum ini membuatkan ramai beremosi.

Jangan lupa undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Achey #Ali #Muzikal Lawak Superstar #Cili #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3