Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Sampai Hati Panggil Hamlau, Saya Kumpul Duit Tau Beli Kaset Datuk Awie”- Aliff Syukri Sedih Ditegur Idola Sendiri

Mya Amri
24/08/2022 02:30 MYT
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila mengetahui Datuk Awie kurang senang dengan kehadirannya dalam industri muzik.

Menurut Aliff, dia merupakan peminat nombor satu Awie dan menganggap Awie sebagai idolanya.

“Awak saya sedih sangat, sampai hati Datuk Awie panggil saya hamlau tau. Saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset Datuk Awie.

“Sampai mak saya marah saya kata saya membazir. Kalau Datuk Awie keluar tv, saya duduk depan sekali.

“Zaman filem Sembilu, saya penyokong tegar Datuk Awie,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.

Menerusi hantaran yang sama, Aliff juga mendoakan agar Awie terbuka hati untuk menerima kehadirannya dalam dunia seni suatu hati nanti.

“Apa pun saya doakan Datuk Awie selalu bahagia dunia, akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya,” tulisnya.

Coretan itu juga turut disertakan dengan tanda pagar #datukawieidolasy.

Terdahulu, Awie meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir pengasas kosmetik yang memberikan impak negatif terhadap industri seni.

BACA: “Dah Kaya Tu Kayalah, Jangan Lacur Industri Kami!”- Datuk Awie Mohon Selamatkan Industri Muzik

Malah Awie juga dengan tegas membidas kenyataan Aliff yang mengatakan apa yang dilakukannya ini hanyalah sekadar hobi.

BACA: “Kalau Hobi Pergi Kumpul Setem Atau Tangkap Rama-Rama” - Datuk Awie Bidas Aliff Syukri

Kemunculan lagu baharu Aliff berjudul Baby Sayang juga dianggap sebagai perosak industri muzik.

BACA: [VIDEO] Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka, Tapi Netizen Dah Tak Percaya - “Ala Jalan Cerita Sama Je”

Dalam perkembangan lain, Awie merupakan juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) bersama Siti Saleha dan Najip Ali.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022

#Datuk Awie #Aliff Syukri #Datuk Seri Aliff Syukri #Muzikal Lawak Superstar #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3
;