MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”
Asyikin Mayudin
13/09/2024 01:55 MYT
13/09/2024 01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Peranan baharu
Tidak melatah, Anna Jobling bagaimanapun beranggapan tanggungjawab yang diberikan kepadanya ini sebagai rezeki dan akan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari satu peranan baharu dalam karier seninya.
"Bila saya berpeluang untuk buat ini (jadi juri), saya rasakan ini adalah rezeki buat saya. Ada banyak benda lagi saya kena belajar, ini kali pertama saya jadi juri. Jadi, berikan saya peluang sikit.
“Sebab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini, pasti akan ada kali pertama. Mungkin ia akan agak susah untuk saya, tapi saya akan cuba melihat komen dan kritikan yang akan membantu saya untuk maju dalam industri ini,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”
ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”
Anna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar 4 yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Batu lonjatan dalam karier
Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun perpendapat tugas sebagai juri ini sebagai satu langkah untuk dirinya terus mengembangkan lagi karier dalam industri seni.
"Sebelum ini, saya memang dikenali sebagai pelakon. Sekarang ini, saya akan jadi juri. Jadi, ini satu langkah dalam laluan karier saya. Mungkin ada orang yang tak suka atau terkejut.
“Tapi, saya rasa, bukan saya seorang saja dalam hidup ini yang kena kecam. Bagi saya ini peluang. Saya terbabit program ini sebab saya nak berseronok,” ujarnya.
Terdahulu, seorang artis wanita berpangkat senior mempertikaikan pemilihan Anna sebagai salah seorang juri bersama Saiful Apek dan Harith Iskander bagi program lawak tersebut.
Menurut artis wanita itu, ramai lagi artis senior berpengalaman yang lebih layak untuk menjadi juri bagi program berkenaan.