Hiburan
Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
Akan maklum kalau tak selesa
Sudah mencuba pakaian untuk duyung, Anna bagaimanapun memberitahu dia akan memaklumkan kepada pihak produksi sekiranya tidak berasa selesa dengan pemakaiannya.
“Risau ke tak? Saya rasa produksi tahu mereka nak buat apa. Saya rasa, mereka pun tak nak orang kecam cerita ini. Kang tak fasal kena kecam sebab pakaian saya.
“Jadi, saya percaya pada mereka. Kalau saya tak selesa, saya akan beritahu pada produksi juga. Tapi kita pun dah buat fitting semua, Alhamdulillah.
ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Buka Mulut Isu Tular Foto Dicium Aktor Indonesia
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
“Ikutkan saya pakai macam ini (longgar) pun orang akan kritik. Tapi nak buat macam mana,” kata Anna kepada Gempak.
Anna ditemui ketika sidang media pengumuman barisan pelakon filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang diadakan di The Wetland Studio Putrajaya, pada Selasa.
Gementar watak Aurora
Dalam pada itu, Anna turut mengakui dia berasa gementar untuk membawa watak sebagai Aurora yang merupakan anak kepada duyung lakonan pelakon Maya Karin.
“Saya memang sangat gementar nak bawa watak duyung, apatah lagi filem ini merupakan sekuel dari filem pertama yang semua orang tengok. Saya pula bawa watak anak kepada Maya Karin… memang sangat besar,” ujarnya.
Berkongsi lebih lanjut, Anna berkata dia juga teruja akan menggunakan kemahiran berenang dalam filem arahan pengarah Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen itu.
Kemahiran berenang
“Saya memang suka mermaid, masa kecil saya pernah berangan nak jadi mermaid. Akhirnya impian saya tercapai. Lagipun dapat juga saya gunakan kemahiran berenang dalam filem itu juga.
“Saya tak tahu la kalau ada yang tahu atau tidak, tapi saya pernah menjadi wakil Selangor untuk sukan renang. Jadi, tak ada masalah untuk saya nak berenang atau menyelam dalam filem itu nanti,” katanya lagi.
Selain Anna, barisan pelakon utama iaitu Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A. Shukoor Mohaideen dan ramai lagi pelakon yang akan muncul sebagai penampilan istimewa.
Berdurasikan 110 minit bagi keseluruhan filem, ‘Duyung: Legenda Aurora’ akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024. Filem ini dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.
Must-Watch Video