Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

Asyikin Mayudin
30/09/2024 11:55 MYT
Melakonkan babak sebagai sepasang kekasih dan menggunakan dialog agak tidak bersesuai dengan ibu rakan sendiri ketika persembahan minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Kilo tampil memohon maaf.

Sedar kesilapan

Menyedari ia mungkin kesalahan daripada pihak mereka, Tapai mewakili kumpulan bagaimanapun berkata mereka mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

“Mungkin itu kesalahan daripada pihak kami… tapi kami belajar daripada kesilapan,” kata Tapai kepada Gempak.

Bagaimanapun, Harris berkata dia dan ahli kumpulannya sudah bertanya dan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada ibunya sendiri iaitu usahawan terkenal, Kak Ton untuk melakonkan babak tersebut.

“Kami bertanya terlebih dahulu kepada mummy, bukannya kami terus buat macam itu tanpa bertanya. Alhamdulilah, mummy cakap okay dan anggap ia sekadar bergurau.

“Atas dasar komedi dan itu hanya karakter masing-masing. Kalau buat dekat luar tu, memang habis la,” ujarnya.

Lupa dialog

Dalam pada itu, Harris berkata dia bukan tidak mahu memberi Kak Ton bercakap banyak seperti yang dicadangkan juri Saiful Apek.

Menurut Harris, ibunya itu susah untuk mengingati dialog dan bimbang ia akan menganggu masa persembahan.

“Macam abang Saiful Apek cakap kenapa tak guna mummy, sebab dia seorang yang suka bercakap. Betul… ikutkan saya memang nak mummy bercakap, tapi dia senang lupa dialog.

“Saya selalu buat konten dengan dia dan tahu dia macam mana. Jadi, kalau nak bagi dia spontan sangat pun tak boleh. Kita pun ada enam minit saja masa dan takut dia ter ‘over drag’ dan cerita pula tak habis,” ujarnya.

Untuk MLS4 minggu kedua yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Kilo yang dianggotai Harris Anuar, Tajuddin Bakar dan Tapai mendapat markah terendah sebanyak 39.28 peratus.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Impian Harris Anuar Nak Beraksi Di Pentas Komedi Tercapai, Bersedia Untuk Curahkan Idea - “Saya Rasa Rugi Kalau Kami Buat…”

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Tapai #Harris Anuar #Kak Ton #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Kilo #Tajuddin Bakar #Ibu Harris #Kilo
;