Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLS4: Impian Harris Anuar Nak Beraksi Di Pentas Komedi Tercapai, Bersedia Untuk Curahkan Idea - “Saya Rasa Rugi Kalau Kami Buat…”

Asyikin Mayudin
19/09/2024 12:55 MYT
Hasrat pempengaruh media sosial, Harris Anuar untuk beraksi di pentas komedi akhirnya tercapai apabila dia bersama rakannya, Tajuddin Bakar dan pelawak senior, Tapai menyertai Muzikal Lawak Superstar 4(MLS4).

Tanam impian

Harris berkata dia dan Tajuddin sudah lama mengimpikan untuk menyertai pentas komedi sejak mereka mula membuat video lawak sekitar 2017.

“Mungkin korang pernah nampak saya buat lawak dekat video saja. Jujur kalau nak tahu, pada 2017, awal-awal saya buat video tu, saya ada beritahu Taju, kita punya video viral, satu hari nanti kita kena masuk pentas komedi.

“Kita kena cuba juga dan lepas tujuh tahun, ada yang nampak bakat kami dekat program Gelak 90 saat, kami terpilih dan bergandingan dengan seorang lagi pelawak senior, Tapai.

“Jadi, dari situ la punca kami boleh mula untuk sertai Muzikal Lawak Superstar 4,” kata Harris kepada Gempak.

Pentas MLM

Menurut Harris lagi, dia sebenarnya teringin menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) namun tetap bersyukur diberi rezeki ke pentas MLS dengan kumpulannya, Kilo.

“Saya rasa rugi kalau kami buat lawak setakat dalam video saja, tapi dalam masa sama kami tahu lawak video lain berbanding dengan buat lawak atas pentas.

“Bukan sekadar cuba, tapi kami akan buat dengan betul. Bukan hanya melawak, tapi kena menyanyi juga. Ikutkan saya tak pandai menyanyi, tapi saya rasa yang tak pandai menyanyi itu akan jadi lawak.

“Apa salahnya kita cuba… awalnya nak MLM tapi dapat MLS. Mungkin dari pentas MLS ini ada yang nampak bakat kami dan bawa ke pentas MLM pula,” ujarnya.

Curah idea

Dalam pada itu, anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton ini turut memberitahu dia sudah bersiap sedia untuk mencurahkan segala idea.

“Setakat ini saya dah bersedia, dah bersedia nak berkarya. Saya dan Taju dah tahu nak macam mana, bila masuk dengan Tapai, ada benda baru yang kami boleh masukkan. Ini masanya untuk kami curahkan segala idea,” katanya lagi.

Buat julung kalinya, program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat Rasa Sabun Sebelum Bersalin, Asha Merican; "Rasa Puas Tu Tak tahu Nak Cakap Macam Mana"

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

Manakala Dato’ AC Mizal bakal diperkenalkan sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 22 September dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#MLM #Tapai #Harris Anuar #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4 #Kumpulan Kilo #Tajuddin Bakar