Sekilas
- Chazynash mendakwa bekas isterinya, Fatin Morat, membawa pengaruh buruk kepada anak-anak mereka dan meminta anak-anak menyelongkar rumah sambil merakam video.
- Chazynash mengaku berlaku kekasaran kecil ketika mengambil kunci kereta akibat keengganan Fatin menyerahkannya.
- Segala urusan berkaitan harta dan hak penjagaan anak akan diselesaikan melalui mahkamah bagi mempertahankan haknya sebagai bapa.
Pempengaruh Chazynash mendakwa bekas isterinya iaitu Fatin Morat membawa pengaruh buruk terhadap anak-anak mereka.
Apa yang membuat Chazy bertambah berang apabila bekas isteri meminta anak-anak untuk menyelongkar rumah sambil merakam video.
“Lebih menyedihkan, dia membawa pengaruh yang tidak baik terhadap anak-anak saya. Ketika dia tengah buat live, apabila ada netizen memuji ‘anak comel, macam bapa dia’, dia menjawab, ‘siapa bapa dia?’.
“Selain itu, apabila anak-anak datang ke rumah saya, dia meminta mereka menyelongkar rumah saya sambil merakam video. Perkara ini amat serius dan sangat menyakitkan hati saya,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama di laman sosial, Chazy mengakui berlaku kekasaran kecil akibat keengganan Fatin untuk menyerahkan kunci kereta pada dua hari lalu.
“Dua hari lepas saya pergi ambil kereta saya daripada dia, saya akui berlaku kekasaran kecil akibat keengganan dia menyerahkan kunci.
“Dalam masa terdekat, saya akan meminta dia keluar dari rumah tersebut dan tinggal di rumah Yunus Morat, seperti mana dikatakan dia tahu tanggungjawab sebagai seorang adik atau adik beradik selepas kakaknya sudah bercerai,” katanya lagi.
Mahu mempertahankan haknya sebagai bapa, Chazy berkata dia menyerahkan segala urusan berkaitan harta serta hak penjagaan anak di mahkamah.
“Oleh itu, segala urusan berkaitan harta serta hak penjagaan anak-anak akan diselesaikan sepenuhnya melalui mahkamah. Saya akan mempertahankan hak saya sebagai seorang bapa.
“Sekali lagi, kepada semua yang membaca kenyataan ini.. saya memohon maaf kepada semua atas kekecohan ini. Percayalah, saya telah bersabar terlalu lama, sudah muak dengan permainan ini.
“Saya manusia biasa, bukan sempurna. Saya tak mampu ikut jejak Chef Wan. Sekian,” ujarnya.
Sumber - Threads