Skip to main content

"Nak Raya Ni Jangan La Aniaya Orang..." - Yuna Rahim

WhatsApp Image 2026 03 11 at 12.56.27 PM

Pelakon Yuna Rahim meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang masih belum melunaskan hutang pembayaran dengannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Yuna gagal menahan air matanya sambil mengenangkan penganiayaan yang diterima, lebih-lebih lagi Hari Raya bakal menjelang  tidak lama lagi.

"Saya terlampau penat menunggu bayaran yang kononya berjanji dari hari ke hari. Kemudian tukar pada minggu ke minggu dan kini dah sebulan. Dah lah nak raya, sumpah sedih. Habis air mata dah nangis," tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Impian: Karma itu berkata dia turut menerima dakwaan tidak berasas yang mempersoalkan kewangan suaminya.

Yuna menegaskan bahawa dia hanya mahu duitnya kembali hasil daripada usahanya sendiri sambil menekankan bahawa kewangan suaminya adalah perkara yang berbeza.

"Selepas itu, ada juga orang mulut bongok ni boleh tanya kita balik 'eh laki you kerja takkan you tiada duit'. Faham tak konsep nak duit aku balik sebab aku kerja. Duit lelaki aku itu lain lah cerita. Nak raya ni jangan la anaiya orang lain dengan melambatkan pembayaran," ujarnya.

Bagaimanapun, maklumat individu yang dimaksudkan itu tidak dapat dikenal pasti, malah Yuna tidak memperincikan perkara tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement