Skip to main content

Pertama Kali Perah Susu Lembu, Namron Tampil Sisi Berbeza Dalam Mojoku Hilang

Pertama Kali Perah Susu Lembu, Namron Tampil Sisi Berbeza Dalam Mojoku Hilang

Sekilas

  • Namron tampil dengan watak lebih santai dalam filem Mojoku Hilang, berbeza daripada peranan serius sebelum ini.
  • Filem ini mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo, sambil jatuh hati dengan gadis tempatan, Ayu.
  • Mojoku Hilang akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dan menampilkan barisan pelakon seperti Adipati Dolken, Mimi Lana, dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Advertisement

Dikenali dengan watak-watak berat dalam filem seperti Polong, Prebet Sapu, Dukun, Mat Kilau, Munafik 2 dan PASKAL, Namron kini tampil dengan karakter lebih santai menerusi Mojoku Hilang.

Lebih menarik, filem arahan Min Lim itu menjadi pengalaman pertama buat Namron apabila dia mencuba aktiviti memerah susu lembu sepanjang penggambaran.

Advertisement

Menerusi karya ini, Namron membawa sisi lebih ringan dengan telatah lucu bersama barisan pelakon lain, berbeza daripada karakter serius yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati dengan Ayu, seorang gadis tempatan yang lantang menentang syarikat miliknya.

Advertisement

Selain Namron, filem itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement