PMTepiKakGee
Kehidupan Normal Baharu, Ini Yang Perlu Ada Dalam Beg & Perlu Dibiasakan
Bermula 10 Jun 2020 Malaysia sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula sehingga 31 Ogos.
PKPP bermakna kita sudah mula diberikan kelonggaran sedikit demi sedikit untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Bagaimanapun kita kini berhadapan kehidupan normal baharu akibat pandemik COVID-19, walaupun diberi kelonggaran rakyat masih perlu mematuhi Prosidur Operasi Standard yang ditetapkan kerajaan.
Contohnya, penjarakan sosial perlu diamalkan dan kebersihan badan perlu sentiasa dijaga. Apa yang kita lalui sekarang perlu dijadikan kebiasaan.
Antaranya, barang keperluan yang dibawa dalam beg juga perlu ditukar, selain gincu dan bedak kita juga perlu ada barang-barang ini di dalam beg.
Perkongsian ini diambil menerusi hantaran di aplikasi Whatsapp yang kami kira boleh dikira pakai dan memberi manfaat kepada kita semua.
#1 Hand Sanitizer
Antara benda yang paling penting. Amalkan mengunakan sanitizer setiap kali sentuh apa-apa.
#2 Tisu Basah
Lap meja, kerusi, pen atau apa-apa saja yang digunakan bersama orang lain
#3 Sejadah dan Telekung
Yes! walaupun di pejabat sendiri, kena pakai dan bawak sejadah dan telekung sendiri. Tak boleh berkongsi lagi…Sebab kita tak tahu siapa pengguna terakhir sejadah dan telekung tersebut
#4 Sudu dan Garfu
Untuk lebih selamat. Bawak la sudu dan garfu travel sendiri. Hanya guna kita punya saja lagi selamat!
#5 Beg Plastik
Untuk masukkan tisu basah dan mask yang telah pakai. Masukkan mask dalam plastik dan ikat ketat baru buang dalam tong sampah ye.
#6 Pen
Kena bawak pen sendiri untuk tulis kan details nama kita sebelum masuk mana-mana tempat yang yang tidak sediakan pengimbas kod QR .
Jadi ini antara barang-barang yang penting kita perlu bawa jika hendak keluar rumah untuk pergi kerja dan sebagainya.
Semoga cadangan ini membantu!
Must-Watch Video