PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Cemburu Lihat Rakan Dah Berkeluarga & Ada Rumah Sendiri, Apalah Nasib Aku Sebenarnya?

gempak
Kak Gee
26/08/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Cemburu Lihat Rakan Dah Berkeluarga & Ada Rumah Sendiri, Apalah Nasib Aku Sebenarnya?

Soalan:

Hi Kak Gee, saya liyana (bukan nama sebenar) yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Kerja biasa-biasa je Kak Gee, tak mewah tapi tidaklah sikit sangat gajinya. Umur pula dah 34 tahun.

Masalah saya ni berkait dengan emosi juga tapi bukanlah babitkan hal cintan cintun.

Sebaliknya lebih kepada diri sendiri.

Melihat rakan-rakan almost semuanya sudah berkahwin dan ada anak saya jadi ‘down’ sedikit.

Malah, saya makin cemburu bila ramai yang ada rumah sendiri.

Entahlah Kak Gee, saya teringin nak ada rumah tapi risau juga komitment bulanan itu tidak mengizinkan.

Majoriti rakan saya beli rumah selepas mereka berkahwin jadi beban tidaklah banyak.

Saya ni teman lelaki pun takde, jadi la teratai layu di tasik madu Kak Gee.

Jawapan:

Hi Liyana, alaaaa sedih pula dengar luahan awak ni, teringat waktu Kak Gee belum kahwin dulu.

Kalau nak tahu Kak Gee pun kahwin agak lambat dan beli rumah pun agak lambat sebenarnya.

Semuanya ini sebenarnya tidak ada masalah besar sekiranya individu sekeliling tidak membuatkan awak tertekan.

Jodoh, rezeki, hidup atau mati setiap orang berbeza-beza jadi awak kena faham itu.

Ada hikmahnya segala permintaan atau hajat awak belum tercapai.

Tapi yang penting awak jangan putus asa.

Jangan takut untuk bercinta dan ambil risiko kerana ia akan mematang awak.

Hal rumah tu jangan risau, mana tahu lagi setahun dua awak naik pangkat, gaji bertambah.

Waktu tu, jangan tunggu lama ok! Paling penting mulalah menyimpan duit untuk masa depan.

Jangan sedih-sedih ok!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024