PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: "Dulu Dia Suka Sangat Dapat Adik, Tapi Sekarang..." - Ibu Susah Hati Anak Tak Sebulu
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya selalu juga baca ruangan Kak Gee dan bila lama-lama rasa macam masuk akal semua nasihat Kak Gee. So saya ambil keputusan nak try hantar masalah saya pada Kak Gee.
Saya ada dua orang anak lelaki. Sekarang ni seorang dah masuk umur 6 tahun dan seorang lagi 3 tahun. Dulu masa awal-awal, anak sulung saya memang suka sangat dengan adiknya. Kira sayang sangat dan protective.
Tak tahu apa yang jadi, sekarang ni dia banyak merajuk dan tak nak bermain dengan adiknya. Dia suka menjauhkan diri dan ada masa tak mahu makan sekali.
Saya bimbang juga kalau tiba-tiba dia benci atau tak suka adiknya tu. Saya try macam-macam tapi tak menjadi jugak. Tolong saya Kak Gee.
Elly
Jawapan:
Waalaikumussalam Elly. Harap Elly sihat. Terima kasih kerana sudi kongsi masalah Elly dengan Kak Gee. Memang susah juga kalau anak-anak macam tak berbaik antara satu sama lain.
Kak Gee tak dapat cerita sepenuhnya, jadi Kak Gee cuba untuk jawap sebaik mungkin. Mungkin Elly kena ingat balik bila perkara tersebut bermula. Mungkin daripada situ Elly dapat memperbetulkan keadaan.
Anak-anak memang sensitif terutamanya kalau mereka terasa seperti dipinggirkan. Apatah lagi kalau ibu bapa sering memenangkan anak yang bongsu dan meminta anak sulung mengalah.
Dalam keadaan umur mereka yang masih mentah, perkara tersebut mungkin menjadi penyebab apatah lagi jika berlaku sesuatu perkara, mereka terlebih dulu dimarahi oleh ibu bapa berbanding adiknya.
Ibu bapa dalam apa jua keadaan sekalipun tidak boleh tunjukkan mereka melebihi seorang anak daripada anak yang lain. Perlu berlaku adil dalam apa juga keadaan. Kalau beli baju baru untuk anak bungsu, pasti belikan juga untuk anak sulung. Kalau sama-sama sepahkan rumah, sama-sama kena bersihkan dan bukannya hanya anak yang lebih besar.
Soal merajuk ini mungkin lebih kepada rasa cemburu kerana terasa seperti kurang disayangi daripada adiknya. Mungkin Elly perlu lihat daripada sudut tersebut dan memperbaikinya.
Kak Gee harap Elly berjaya dan dua beradik tersebut akan berbaik semula seperti sedia kala. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video