PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Gadis Tertanya Di Manakah Jodoh
SOALAN:
Kak Gee, kenapa Allah S.W.T masih belum temukan saya lagi pasangan hidup?
Sedangkan saya teringin nak berumah tangga.
IZZAH
JAWAPAN:
Salam Izzah, terima kasih kerana berkongsi masalah dengan Kak Gee.
Percayalah, jodoh, ajal dan maut adalah takdir serta ketentuan Tuhan.
Allah telah mengaturkan sebaik-baiknya untuk kita dan pastinya jodoh kita akan tiba satu hari nanti.
Apa yang Izzah perlukan adalah bersabar.
Tak guna jika mahu mengharap jodoh jika Izzah dikenalkan dengan orang yang salah.
Memohon dan berdoa dengan Allah, meminta kepada-Nya agar jejaka yang dijodohkan dengan Izzah adalah lelaki yang baik, bertanggungjawab dan beriman.
Jangan putus berdoa kerana Allah mendengar rayuan Izzah.
Sementara itu, Izzah mungkin boleh membuka hati dan berkenalan dengan mana-mana lelaki yang baik.
Sekarang pun kita ada pelbagai platform untuk mencari jodoh di zaman serba canggih sekarang.
Pastinya tiba saat dan detik manis itu, apa yang perlu Izzah lakukan adalah bersabar dan berdoa agar masa itu akan tiba kelak.
Insya-Allah.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video