PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Kakak Saya Suka Melawa Tapi Malas Nak Tolong Mak Kat Dapur!
SOALAN:
Kak Gee, saya geram sungguh dengan kakak saya. Kami hanya dua beradik dan tinggal bersama mak.
Ayah kami pula tinggal bersama keluarga baru selepas bercerai 10 tahun lalu.
Masalahnya sekarang ialah kakak saya ni Kak Gee.
Hari-hari suka melawa, suka pakai make up tapi sikap pemalas dia, membuatkan saya geram!
Dia berat tulang nak tolong mak. Buat kerja rumah malas, tolong kat dapur pun malas. Kalau mak tak suruh, dia buat bodoh je.
Dia lagi suka duduk dalam bilik, tengok tutorial make up, melawa je kerjanya.
Mentang-mentanglah sekarang ni kami masih di rumah kerana PKPP dan kampus belum buka lagi.
Saya rasa sebagai lelaki, saya lagi selalu tolong mak kat rumah.
Geramlah Kak Gee, macam mana ni?
Black.
-
JAWAPAN:
Salam Black, Kak Gee harap Black sihat selalu disamping keluarga.
Hmm, bila ada penyakit huruf 'M' macam ni, Kak Gee pun lemah mendengarnya.
Sebab bagi Kak Gee, penyakit MALAS ni ni hanya boleh diubati diri sendiri sahaja.
Bagi Kak Gee, mungkin Black geram dengan perilaku kakak yang tak gemar membantu mak.
Sekadar cadangan, mungkin Black boleh ajukan perkara ini kepada mak dan bincang jalan penyelesaian.
Mungkin jika teguran yang datang dari mak, kakak Black akan tergerak hati untuk mengubah perangainya.
Satu lagi cadangan yang boleh Kak Gee usulkan adalah Black dan mak boleh sama-sama ajak kakak memasak di dapur atau melakukan kerja rumah bersama.
Insya-Allah, kakak tergerak hati dan perangai itu boleh diubah!
-
Itu kisah Black, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video