PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Lemas Dengan Kakak Yang Suka Meminjam… Pinjam Baju, Pinjam Duit, Pinjam Kasut
SOALAN:
Kak Gee, saya Sasha dan saya ada seorang kakak yang suka sangat meminjam.
Saya geram betul kerana lama kelamaan, sifat dia melampau-lampau.
Semua benda kepunyaan saya dia suka pinjam… Baju, kasut, stokin, sepit rambut… Duit pun dia pinjam!
Saya bukan berkira dengan adik beradik tapi kalua kerap sangat, susah jugak kan?
Apa yang perlu saya buat ni Kak Gee?
JAWAPAN:
Salam Sasha, Kak Gee doakan agar Sasha baik-baik sahaja.
Baiklah, berkenaan dengan masalah Sasha, Kak Gee rasakan Sasha perlu duduk berbincang dengan kakak.
Kalau Kak Gee nasihatkan Sasha untuk bersabar pun, Kak Gee takut perkara tu akan menjadi ‘luka’ dalam hati Sasha.
Apa kata duduk berbincang dengan kakak Sasha tapi Sasha kena pastikan perbincangan itu berlangsung dengan baik-baik sahaja.
Boleh saja kalau Sasha nak bagi alasan setiap kali kakak Sasha nak pinjam barang, tapi sampai bila kan nak bagi alasan?
Jadi, berbincanglah dengan baik dari hati ke hati ya…
Bincang tau, jangan bergaduh ya.
##
Itu kisah Sasha, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit Foto: Raising Children
Must-Watch Video