PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Mak Nikah dengan Pemuda Beza 21 Tahun yang Tak Bekerja, Panggil Anak Derhaka Bila Ditegur
SOALAN
Assalamualaikum kak Gee, saya N. Saya nak luahkan perasaan yang dah lama saya pendam. Mengenai mak dan ayah tiri saya.
Untuk pengetahuan kak Gee, saya berusia 23 tahun dan ayah tiri saya sebaya dengan abang saya yang berusia 24 tahun. Manakala mak saya berusia 45 tahun.
Saya bukan tak gembira mak kahwin lain setelah bercerai, tapi saya sakit hati bila mak yang kena tanggung semua. Makan pakai sewa rumah bil api bil air wifi , dan lain lain lagi.
Mak sebelum subuh dah bangun settelkan hal rumah , pastu pergi kerja , balik kerja basuh baju guna tangan. Sedangkan ayah tiri saya duduk kat rumah, tak kerja. Hanya mengharapkan mak semata mata. Saya kesian sangat dekat mak saya. Sepatutnya di usia macam ni, mak duduk rumah, berehat. Tapi sebaliknya.
Saya bukan tak pernah tegur ayah tiri. Bapak mertua mak saya, siap backup anak dia yang tak kerja. Atas alasan anaknya itu masih kecil dan tak tahu apa apa.
Mak selalu anggap anak anak derhaka pada dia. Kami tegur sikit, terus haramkan air susu la, sumpah kami macam macam la.
Kami sebagai anak , mesti mahukan yang terbaik untuk dia. Tapi, silap salah sikit, terus cakap kami anak derhaka.
Saya nak tanya kak Gee, salahkah kami andainya kami ni, tak mampu nak terima ayah tiri yang perangai macam tu ? Salahkah kami sebab ambil tahu pasai mak? Dan derhakakah kami kak Gee?
Yang benar,
N
JAWAPAN
Waalaikumusalam N, terima kasih sudah mempercayai Kak Gee untuk memberi sedikit nasihat kepada anda.
N, mesti anda selalu mendengar pepatah cinta itu buta? Kak Gee minta maaf tapi dari apa yang anda luahkan, itulah situasi yang sedang ibu anda hadapi agaknya kini. Dengan jurang usia sejauh 21 tahun, suami tidak bekerja dan ibu menampung kehidupannya, Kak Gee yakin ibu sedar tentang apa yang sedang berlaku dalam kehidupan rumah tangga baharunya ini.
Namun, sekali lagi mungkin ia berkait soal cinta dan ego. Sebagai manusia, kita mempunyai sikap sedemikian, apa lagi apabila ditegur oleh anak atau orang yang lebih muda.
Atau mungkin, N tidak cukup memahami dan menjadi sahabat ibu pada saat ibu anda susah dan menjalani kehidupan rumah tangga sebelum ini.
Jadi itu juga menjadi faktor mengapa ibu tidak kisah dia yang kini menjadi ketua keluarga dan menampung kehidupan suami baharunya yang boleh menemani dan memahami apa yang diinginkan. Kita, tidak tahu.
Cuma terus terang Kak Gee juga kurang bersetuju dengan cara ibu yang memberi gelaran anak derhaka dan mengeluarkan kata kata kesat kepada anak anak. Itu bukanlah satu cara yang baik.
Tapi sekali lagi Kak Gee mahu katakan, sebagai anak, selalulah berlemah lembut dan menghormati ibu dan bapa kita atau orang tua. Jika kita tidak suka atau berasa kurang senang dengan perlakuan ibu dan ayah, tegurlah secara berhemah. Bukan menengking atau membuat perkara perkara yang mungkin boleh melukakan hati mereka.
Ingat, api bertemu api menjadi lebih marak. tetapi jika api bertemu air atau bahan yang boleh memadamkannya, segala masalah Insya Allah boleh selesai.
Terakhir sekali, selalulah setelah bersolat doakan yang baik baik untuk ibu dan ayah tiri N. Minta Allah lembutkan hati ibu dan ayah tiri untuk berubah. Doakan mereka dan N juga perlu berdoa untuk diri anda sendiri supaya lembut hati.
Itu kisah N, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video