PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Pekerja Tertekan Majikan Tak Bagi Cuti Balik Kampung...Bimbang Masalah Depresinya Kembali!
Soalan:
Hi Kak Gee,Saya Mun berusia 27 tahun dan menetap di Seri Kembangan.
Sekarang saya sangat stress sebab tak dapat pulang ke kampung gara-gara tidak dibenarkan ambil cuti oleh majikan.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga bulan lepas, saya terpaksa tinggal seorang diri kerana 'housemate' lebih awal pulang ke kampung.
Masalahnya sekarang saya rasa macam ada yang tak kena. Sebelum puasa lagi saya rasa macam emosi terganggu.
Tidak pasti sama ada saya ada masalah depresi ataupun tidak.
Namun, saya banyak habiskan masa di dalam bilik dan ada kalanya meleret sehingga malam.
Saya hanya keluar bilik untuk makan dan selesaikan kerja ofis saja.
Jadi bila berakhirnya PKP ini saya gembira, memang emosi saya terus berubah.
Saya dah tak berkurung dalam bilik, sebaliknya lebih ceria.
Namun, masalah lain pula timbul bila majikan saya tidak membenarkan ambil cuti.
Dia minta saya bersabar sedikit sebab banyak urusan kena diselesaikan. Macam mana ni Kak Gee, saya risaulah emosi saya kembali macam dulu.
Yang Benar,
Mun
Jawapan
Hi Mun,Terima kasih sudi berkongsi masalah dengan #PMTepiKakGee
Kak Gee faham, sejak PKP ni ramai orang yang mengalami masalah kemurungan akibat tertekan.
Ye lah, siapa tak murung kan kalau duduk rumah seorang diri, lepas tu tak boleh keluar ke sana sini.
Bukan kata Mun, pelakon Remy Ishak baru-baru ini pun ada berkongsi masalah hampir serupa.
Kak Gee percaya semua ini disebabkan Mun terlalu lama berseorangan di rumah.
Pertama Kak Gee mahu Mun cari aktiviti yang boleh menggembirakan Mun.
Mun beritahu Kak Gee, boss suruh bersabar sedikit bukan? Maknanya cuti akan diberi selepas kerja selesai.
Mungkin Mun boleh ambil masa terluang ini keluar berjalan-jalan dengan rakan, atau beli belah barangan untuk dibawah pulang ke kampung.
Video call mak ayah tanya apa mereka teringin, pasti sedikit sebanyak menggembirakan Mun.
Untuk cuti pula, Kak Gee yakin majikan Mun cuba sedaya upaya memberikan cuti.
Pasti ada sebab mengapa kerja di ofis terpaksa diselesaikan terlebih dahulu. Ye lah sejak PKP ramai syarikat yang terjejas.
Apapun, Mun bukanlah berseorangan dalam hal ini. Ramai juga rakan Kak Gee balik hujung bulan ni.
Itu kisah Mun, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video