PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Rasa Nak 'Tamatkan' Hidup, Pelajar Ini Tertekan Masalah Anxiety Makin Parah!
Soalan:
Salam Kak Gee, nama saya Zaim.Saya seorang student di universiti awam dan saya menghidap masalah anxiety sehingga bila saya mengetahui akan ada assignment pada minggu hadapan pun saya rasa sangat cemas.
Itu baru saja assignment belum lagi perkara lain.
Jantung saya berdetik dengan sangat laju sedangkan ia perkara kecil je.
Dihadapan kawan dan keluarga saya hanya diam seperti biasa kerana takut rahsia terbongkar.
Adakala saya berasa nak tamatkan hidup sendiri dengan keadaan dan perkara kecil yang berlaku.
Saya ada berjumpa dengan doktor psychiatric yang mana saya diberikan ubat xanax dan espran. Lepas ambil ubat itu, keadaan saya beransur pulih.
Tetapi sehingga sekarang saya ketagih ubat xanax tu. Ada kadangkala saya memakan 10 biji pada 1 hari.
Saya ingin berhenti mengambil sebarang ubatan dan sangat ingin kembali kepada kehidupan yang normal seperti semua orang.
Jadi apa tips akak kepada saya terima kasih.
Yang Benar,
Zaim
Jawapan:
Hi Zaim, terima kasih sudi berkongsi masalah dengan #PMTepiKakGee.Pertama sekali Kak Gee mungkin tidak menyentuh permasalahan ini berdasarkan aspek perubatan kerana Zaim sendiri sudah berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan.
Cuma apa yang mungkin Kak Gee boleh sarankan adalah keadah dari sudut yang lain.
Terus terang Kak Gee bukanlah pakar bab sebegini, namun Kak Gee ada beberapa rakan baik yang mengalami masalah anxiety ini.
Mungkin apa yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu adalah 'mindset' kita.
Elakkan menganggap Zaim sedang menanggung sakit sebaliknya Zaim kena fikir untuk sihat saja. Tetapkan dalam minda kita ini sebenarnya sihat dan tidak takut dengan masalah ini.
Seterusnya, Kak Gee nasihatkan supaya dekatkan diri dengan tuhan.
Banyakkan istighfar dan selawat. Bukan kata siapa yang ada masalah anxiety saja perlu buat begini, Kak Gee pun selalu.
Bila ada rasa gemuruh, kita percaya dengan berselawat dan ayat Al-Quran pilihan terbaik untuk kita kekal tenang.
Apatah lagi perasaan selepas menunaikan solat. Betapa tenangnya, Tuhan sajalah yang tahu.
Akhir sekali, jangan berseorangan dan jika mahu berkawan pilihlah yang positif.
Cerita masalah pada mereka yang kita percaya.Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan terutama apabila masalah anxiety itu muncul.
Jangan berahsia dengan rakan baik atau keluarga, kerana lambat laun, mereka inilah yang akan bantu waktu Zaim susah nanti.
Itu kisah Timah, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video