PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Saya Nampak Makhluk Halus Lepas Kemalangan” - Pemuda Bimbang Orang Tak Percaya

gempak
Kak Gee
17/07/2020
06:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Saya Nampak Makhluk Halus Lepas Kemalangan” - Pemuda Bimbang Orang Tak Percaya
Soalan:
Asalamualaikum Kak Gee. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya risau if semua orang tak percaya saya. Saya berumur 24. Sebelum ni saya okay, after kemalangan jalan raya, saya sedar yang saya boleh nampak makhluk halus. Saya fikirkan saya berhalusinasi.
Tapi tak Kak Gee, saya boleh nampak benda tu. Saya duduk rumah saya nampak, saya pergi mana mana tetap nampak benda tu. Even siang hari pun. Saya berniat nak beritahu family tapi saya risau mereka tak percaya. Saya buntu kak gee sebab mana mana je saya pergi, saya akan nampak makhluk halus tu Kak Gee. Saya nak jumpa Ustaz tapi saya tetap risau takut orang tak percaya apa yang saya nampak.
SeeGhost
Jawapan:
Waalaikumussalam SeeGhost. Agak berat juga masalah yang dihadapi oleh SeeGhost tapi jika perkara ini menakutkan SeeGhost, Kak Gee sarankan supaya SeeGhost berbincang dahulu dengan keluarga.
Percaya atau tidak adalah perkara nombor dua, tetapi keluarga adalah tempat kita mengadu untuk mendapatkan pandangan mereka. Jangan biarkan ianya berlarutan kerana ia boleh mengganggu hidup SeeGhost.
Mungkin selepas mendapat pandangan keluarga terutamanya ibu dan bapa, mereka boleh mencadangkan jalan yang terbaik boleh diambil oleh SeeGhost sama ada berjumpa dengan doktor pakar, ustaz ataupun mereka yang berkelayakan.
Jangan biarkan masalah ini begitu sahaja kerana ianya boleh menganggu memikiran SeeGhost dan boleh menimbulkan rasa curiga oramg lain. Lebih baik selesaikannya secepat mungkin supaya ianya tidak berlanjutan.
Kak Gee harap SeeGhost dapat selesaikan secepat mungkin sebelum perkara ini lebih melarat. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah SeeGhost, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024