PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Serabut Dengar Mak Membebel, Remaja Nekad Cabut Lari?
Soalan:
Hi Kak Gee, boleh panggil saya Acap dan berusia 20 tahun.Saya boleh dikatakan baru je berkerja di sebuah kilang.
Namun, masalah saya sudah lama Kak Gee.
Setiap kali saya balik rumah je saya rimas serabut bila adik beradik bising.
Tambah lagi apabila dengar ibu membebel. Bingit Kak Gee!
Banyak kali saya mintak izin ibu nak keluar rumah merantau tapi dia tak bagi.
Katanya saya belum bersedia.
Apa maksudnya Kak Gee, saya dah besar kot dan ada kerja sendiri.
Jawapan:
Hi Acap, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.Pertama sekali Kak Gee faham perasaan memberontak ini memang masalah utama ketika remaja.
Kak Gee dulu pun macam tu.
Tapi percayalah, itu semua kejap saja, lambat laun Acap akan faham juga kebaikan duduk bersama ibu bapa.
Pertama sekali dari segi kewangan, Acap tak perlu bimbang soal duit sewa rumah dan kalau sesak boleh makan di rumah.
Aspek lain pula, sekurang-kurangnya Acap dipantau oleh ibu bapa daripada masalah sosial lain.
Soal adik beradik pula semua masalah boleh diselesaikan dengan cara teguran yang betul.
Acap sebagai abang kenalah matang untuk nasihat adik beradik.
Rungutan buat ibu pula anggap ia sebagai satu nikmat rezeki.
Bukan semua dapat dengar ibu membebel lagi tau, jadi bersyukurlah Acap diberi ibu yang masih sihat.
Jangan lupa balas jasa baik ibu bapa ya.
##
Itu kisah Acap, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video