Hiburan
“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya usahawan dan pempengaruh, Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam.
Cerai selepas 10 tahun berkahwin
Cik Epal memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya,” tulisnya.
Simpan memori manis
Menganggap segala yang berlaku mempunyai hikmah, Cik Epal bagaimanapun menyatakan akan mengingati segala memori manis selama mereka bersama.Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.“Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” coretnya.
Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
ARTIKEL PENUH:EKSKLUSIF: Bertegas Tak Curang, Jofliam Dedah Cik Epal Pernah Datang Cuba Betulkan Keadaan - "Dia Yang Nak Tackle Saya Semula"
ARTIKEL PENUH:EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam
ARTIKEL PENUH:EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam
ARTIKEL PENUH:“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
ARTIKEL PENUH:Swafoto Jofliam Bersama ‘Dewi’ Tular, Netizen Mulakan ‘Operasi Serang’ Wanita Didakwa Punca Konflik Berlaku - “Saya Tahu Ada Gambar…”
Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.
Must-Watch Video