Berita

15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah

Asyraf Roslan
20/09/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah
Walaupun sudah hampir seminggu Keretapi Sarong 2024 melabuhkan tirai, namun kemeriahannya itu masih lagi dirasai.
Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah penganjuran acara ini turut diadakan di beberapa buah negeri lain antaranya Kedah, Johor Bharu, Kelantan, Perak, Terengganu dan Pahang.
Menurut Pengarah Program Keretapi Sarong 2024 (KS2024), Shamsul Bahrin Zainuzzaman sambutan yang diterima tahun ini sangat memberangsangkan sehingga ada pihak yang tidak sabar untuk menanti penganjuran seterusnya pada tahun hadapan.
"Sambutan Keratapi Sarong tahun ini sangat memberangsangkan, kami mendapat maklum balas dari negeri-negeri lain yang terlibat, mereka sangat gembira dengan sambutan yang mereka terima dan tidak sabar untuk penganjuran pada tahun hadapan" katanya ketika dihubungi Gempak.
Untuk penganjuran di Kuala Lumpur sahaja, KS2024 telah menerima lebih 15,000 penyertaan daripada rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: #GempakNews: Khairul Aming Pimpin Bacaan Ikrar Di Keretapi Sarong 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Berarak Dari LRT Dang Wangi, 100 Keluang Man Edar Wonda Kopi Kepada Peserta Keretapi Sarong 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak Tunjuk Identiti Malaysia Kepada Pelancong" - Peserta Keretapi Sarong Siapkan Busana Bunga Raya Dalam Masa Sehari

Pada masa sama, Shamsul juga berkongsi dimana pihak Keretapi Sarong juga mempunyai rancangan untuk menganjurkan konsert Keretapi Sarong pada tahun hadapan.
"Semestinya untuk edisi tahun depan akan menjadi lebih menarik, di saluran kami sudah banyak idea-idea yang diutarakan oleh peserta-peserta keretapi sarong. "Kita akan mulakan perancangan keretapi sarong 2025 pada bulan depan dan kami akan pastikan apa sahaja yang kami rancang akan memberikan keselesan dan kegembiraan kepada setiap peserta yang hadir.
"Sudah semestinya tarian, nyanyian dan persembahan ini menjadi satu tarikan kepada acara ini, tetapi kami juga mempunya perancangan untuk adakan konsert keretapi sarong pada tahun hadapan.
“Jadi kita akan lihat macam mana perancangan ini berjalan dan bagaimana sambutan daripada penaja pada tahun hadapan,” ujarnya.
KS2024 tahun ini disambut meriah dengan kehadiran pempengaruh, Pinn Yang, Azfar Heri, Khairul Aming, Hael Husaini dan Noraniza Idris.
Untuk info, Keretapi Sarong 2024 merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.
Foto: @muhammadaimxn_ & @noracegraphy
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar