Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

Firdaus
14/09/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.

Hampir Mengalah

Berkongsi tentang perkara tersebut, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Haji Wan Ariffin mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi sebelum ini sehingga membuatkan dia mengalah untuk meneruskan niatnya beraksi di atas pentas.

“Bila ditolak untuk buat persembahan di Istana Budaya ditolak, saya macam terfikir mungkin nama saya belum cukup ‘gah’ lagi.

“Saya terasa juga, tapi tak apalah, bagi saya mungkin tiada rezeki. Lepas tu saya cuba banyak kali, sampai dah keluarkan 10 album pun masih tak cukup untuk buat persembahan di situ.
“Hampir mengalah, sampailah Alita(penerbit konsert) datang cakap geran dah buka dan ajak saya cuba buat konsert.
“Macam-macam memang pening kepala jugalah, tapi kita cuba sedaya upaya dan alhamdulillah berkat semangat berjaya merealisasikan konsert ini,” katanya.

BERITA TRENDING: Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

BERITA TRENDING: Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

​BERITA TRENDING: “Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin

​BERITA TRENDING: “Masa Tu Nampak Putih Je, Saya Bertaubat… Mengucap” - Nora Ariffin

Sekadar info, Nora bakal membawakan sebanyak 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya menerusi konsert yang berdurasi dua jam tersebut.
Konsert Solonya itu bakal berlangsung di Stage 1 Theatre, PJ Pac, 1 Utama pada 18 Disember ini jam 8.30 malam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar