,
Laman Utama

“Masa Tu Nampak Putih Je, Saya Bertaubat… Mengucap” - Nora Ariffin

Amri Hassan
07/12/2023
06:45 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin hanya memikirkan soal kematian ketika bertarung nyawa akibat sesak nafas dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Ramai Terkejut Nora Ariffin Masuk ICU, Doakan Semoga Cepat Sembuh

Cerita Nora, pada mulanya dia menerima rawatan di sebuah hospital di Bangi disyaki demam panas.
“Asalnya hanyalah demam, kemudian pergi check klinik disyaki denggi. Bila ke hospital, rupa-rupanya bukan denggi tapi saya masih demam.
“Syak mungkin ada jangkitan, biasalah kalau ke hospital akan drip semua. Mungkin ada masalah teknikal jadi terlebih drip dan paru-paru saya penuh air. Macam lemas, tak boleh bernafas.
“Ketika itu saya mengucap, tak apalah… dah tiba masa saya. Saya bertaubat dan mengucap. Ingat Allah saja, masa tu nampak putih saja, tak nampak apa, tak rasa apa. Saya rasa dada tertarik, ketika itu dalam kepala ‘kalau inilah masanya, saya reda’.
“Kemudian, saya minta maaf dengan suami dan terus dimasukkan ke ICU untuk keluarkan air dalam paru-paru. Kata doktor saya mungkin kena small heart attack,” ceritanya kepada Gempak.
Nora ditemui pada majlis pelancaran pes masakan Secukup Rasa di Shah Alam, Selangor pada Khamis.
Tidak trauma dengan apa yang berlaku sebaliknya kata Nora dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpamanya.
“Kita lebih beringat, maknanya kalau apa-apa jadi perlu ke tempat yang betul. Daripada situ kita belajar ala yang perlu buat dan jangan buat,”
Nora yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Dr Rushdi Ramli sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor selepas mengalami sesak nafas dan ditempatkan di ICU selama tujuh hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti

gempak
09/11/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.
Berita

"Jiran Tak Sanggup Dengar Si Kecil Dipukul Hari-Hari Sampai Lebam Mata" - Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Disyaki Didera, Kini Dirawat Di Hospital Selayang

gempak
26/10/2024
18:50 MYT
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki didera oleh ibu dan bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Selangor.
Hiburan

Alami Keracunan Makanan, Che Ta Dimasukkan Ke Hospital - "Dah 10 Tahun Tak Masuk Hospital, Kali Terakhir Ketika ..."

gempak
22/10/2024
02:25 MYT
Pelakon jelita Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital petang Isnin disyaki akibat keracunan makanan.
Hiburan

Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

gempak
18/10/2024
23:50 MYT
Usahawan Syifa Melvin memaklumkan anak sulungnya, Sulaiman dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam baru-baru ini.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Unitar