Filem

5 Fakta Menarik Filem War On Terror: KL Anarchy, Sekarang Dah Boleh Layan Di Astro First!

Firdaus
19/01/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
5 Fakta Menarik Filem War On Terror: KL Anarchy, Sekarang Dah Boleh Layan Di Astro First!
Padat dengan aksi dan jalan cerita menarik, filem War On Terror: KL Anarchy antara yang mendapat sambutan hangat tahun lalu.
Sarat dengan adegan setaraf Hollywood, ini fakta-fakta menarik filem War On Terror: KL Anarchy arahan Kroll Azry:
1. Jalan di Bukit Bintang ditutup!
Penggambaran dilakukan di kawasan terkenal Kuala Lumpur yang melibatkan pelbagai prop berskala besar serta beberapa jalan ditutup demi menghidupkan lagi suasana tegang dalam babak filem.
2. Adegan lawan dalam lif
Babak penuh adrenalin menyaksikan pertarungan antara watak Khalid (Aedy Ashraf) dan Joe (Naque Ariffin) yang hanya dirakam di dalam set mock up studio yang disediakan oleh pihak produksi.
3. Kenderaan khas
Dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux telah diubah suai dan dipasangkan dengan pelbagai perisai serta peralatan perlindungan.
4. Filem aksi pertama Aedy Ashraf
Filem War On Terror: KL Anarchy melakar sejarah dalam perjalanan karier Aedy Ashraf menjadi filem aksi pertamanya selepas lebih sedekad berada di dalam industri hiburan.

5. Filem pertama Noki

Penyanyi rap kumpulan K-Clique, Noki, berjaya melebarkan sayap dalam karier seni menerusi filem War On Terror: KL Anarchy yang menjadi filem pertama lakonannya.

BERITA TRENDING: Bariskan 3 Jejaka Terlaris 2023, Semak Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Aksi Klepet!

Filem War On Terror: KL Anarchy dilakonkan oleh selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Qi Razali, Noki, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
War On Terror: KL Anarchy kini boleh ditonton di Astro First, menerusi saluran (480) dengan harga RM15 untuk 48 jam.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar